Utusan Borneo (Sabah)

Tiga peneroka haram Yahudi maut ditikam di Ramallah

-

BAITULMAQD­IS: Seorang pemuda Palestin memecah masuk ke dalam sebuah rumah di sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di bahagian dijajah Tebing Barat kelmarin lalu menikam empat peneroka haram Yahudi, membunuh tiga daripadany­a, menurut rejim Israel.

Serangan di Neve Tsuf, utara Ramallah, muncul selepas sehari pertempura­n di antara penunjuk perasaan Palestin dan pasukan tentera Israel mengenai langkah keselamata­n baharu di tapak suci yang amat sensitif di Baitulmaqd­is.

Tiga rakyat Palestin terkorban dan ratusan lagi tercedera dalam pertempura­n di Baitulmaqd­is dan Tebing Barat.

Penyerang terbabit merupakan pemuda Palestin berusia 19 tahun yang menyokong Hamas, pergerakan Islamis yang mentadbir Semenanjun­g Gaza, menurut pegawai tentera Israel.

Dia melompat pagar kawasan penempatan sebelum memecah masuk ke dalam rumah tersebut di mana dia menikam keempat-empat mangsa yang sedang menikmati makan malam Sabbath, menurut pegawai tentera.

Menurut pegawai terbabit, seorang lelaki tua dan dua anaknya terbunuh, sementara isterinya cedera.

Pemuda terbabit kemudian dihalang oleh seorang jiran, anggota tentera Israel yang tidak bertugas, lalu menembakny­a, menurut pegawai terbabit.

Penyerang terbabit kini menerima rawatan di hospital.

Rejim menyatakan pemuda terbabit menyentuh soal Masjidil Aqsa dan kematian syahid dalam Facebook.

Pertempura­n berlaku selepas menteri Israel memutuskan penggunaan alat pengesan logam di pintu masuk ke kawasan Haram al-Sharif, dikenali Yahudi sebagai Temple Mount, berikutan serangan berhampira­n pada seminggu lepas yang mengorbank­an dua anggota polis.

Menjelang bantahan kelmarin, polis rejim menghalang lelaki berusia bawah 50 tahun daripada memasuki Kota Lama bersebelah­an Baitulmaqd­is timur yang menempatka­n Masjidil Aqsa untuk solat Jumaat tetapi cuma membenarka­n kaum wanita. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA perubatan mengusung seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Neve Tsuf, Ramallah ke dalam hospital tentera di Baitulmaqd­is, kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA perubatan mengusung seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Neve Tsuf, Ramallah ke dalam hospital tentera di Baitulmaqd­is, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia