Utusan Borneo (Sabah)

Peluang santai di hujung minggu, acara kemuncak WOTCM UMS disambut meriah

Acara kemuncak WOTCM UMS disambut meriah

-

ACARA kemuncak sambutan World Oceans & Coral Triangle Month (WOTCM) berlangsun­g meriah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini dengan kehadiran orang ramai yang tidak putusputus bagi mengikuti setiap aktiviti yang diadakan. Pelbagai acara menjadi tumpuan seperti 7KM Ocean Edu-Walk, car boot sale, face painting,

buggy ride, pertanding­an melukis dan kuiz.

Hari Terbuka Akuarium dan Muzium Marin UMS yang diadakan sempena WOTCM itu juga menerima kebanjiran orang awam sejak ia dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Tinjauan media mendapati, rata-rata

pengunjung hadir bersama keluarga masing-masing bagi menikmati cuti hujung minggu dengan sebaiknya.

WOTCM merupakan anjuran bersama Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB) UMS, Pejabat Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) Sabah dan Pusat Pengurusan Ecocampus UMS bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang kepentinga­n pemelihara­an laut dan hidupan marin.

Sambutan itu telah diadakan selama sebulan bagi menyokong inisiatif mengurangk­an penggunaan plastik dalam aktiviti harian manusia sekali gus mengelakka­n pencemaran yang membahayak­an hidupan marin daripada terus berlaku.

Dengan tema ‘Our Oceans, Our Future’, sambutan itu turut melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah serta komuniti pesisir laut di Kampung Ambong, Kota Belud melalui sesi ceramah kesedaran tentang peri pentingnya pemelihara­an hidupan marin.

Turut mengisi program selama sebulan itu ialah pameran khas WOCTM, kuiz dan pertanding­an fotografi yang dibuka kepada orang ramai.

 ??  ?? ACARA face painting yang menarik penglibata­n kanakkanak.
ACARA face painting yang menarik penglibata­n kanakkanak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HARI Terbuka Akuarium dan Muzium Marin UMS mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.
HARI Terbuka Akuarium dan Muzium Marin UMS mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.
 ??  ?? HASIL pertanding­an melukis yang dipamerkan.
HASIL pertanding­an melukis yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia