Utusan Borneo (Sabah)

Laman seni menongkah arus

- LAMAN CATATAN KANVAS KOYAK ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).*** DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

terdapat di ibu negara Kuala Lumpur terkenal dengan nama Pasar Seni Central Market. Kejayaan pasar- pasar seni Central Market adalah kerana faktor pengurusan dan perancanga­n yang sangat baik. Terdapat juga pasar seni di dalam kompleks pasar minggu Chak tu Chak di Bangkok yang sangat berjaya terutamany­a pelukis yang berjaya memperniag­akan karya mereka selain dari mempamerka­n kepada tourist luar negara. Di Perkaranga­n kompleks kraf tangan Jalan Conlay Kuala Lumpur terdapat wakaf yang disewa kepada pelukis untuk memperniag­akan karya mereka.

Berdasarka­n temu bual penulis dengan berapa pelukis di situ mereka merasakan kewujudan wakaf seni di situ memberikan mereka batu loncatan untuk meluaskan perniagaan mereka di luar negara. Boleh dikatakan ramai dari penghuni wakaf seni di kompleks kraf tangan di Kuala Lumpur mampu menyara hidup mereka dan mendapat sambutan dari touris dalam negara dan luar negara.

Walau bagaimana pun senario yang menyedihka­n berlaku di laman seni di Kota Kinabalu walaupun laman seni sudah lama di bina dan pada mula di bina laman seni telah banyak menarik pelanggan seni ke tempat tersebut sebagai pusat pemasar seni dan kraft yang sangat menarik di negeri Sabah, Namun satelah beberapa lama wujud sebagai mercu tanda kesenian di ibu kota di bawa negeri bayu oleh sebab beberapa faktor tertentu laman seni menjadi sunyi dan tidak menjadi tempat kunjungan touris lagi. Perkembang­an terakhir mendapati bahawa kebanyakan peniaga di kompleks laman seni kebanyakan­nya tidak mampu menjana kewangan bukan sahaja untuk menampung kehidupan harian mereka bahkan untuk membayar sewa pun mereka tidak mampu.

Penulis membuat beberapa pemerhatia­n dan kajian berhubung kemunduran Laman seni ,pada pandangan ramai pemerhati laman seni memerlukan pengurusan yang cekap dan prihatin terhadap kepentinga­n laman tersebut di tujukan.

Oleh itu sebagai tempat perniagaan sama dengan tempat perniagaan yang lain ia perlu berupaya menarik pelanggan selain dari bahan jualan yang di jaja yang paling penting ia perlu mempunyai suasana dan rupa bentuk yang menarik dan bersesuaia­n dengan pusat kesenian dan budaya, Buat masa ni laman seni sangat memerlukan rupa bentuk yang menyerlah dan berjaya menarik pembeli dan pengunjung datang ke tempat tersebut. Perkara yang kedua yang lebih penting adalah kaedah pemasaran yang di jalankan di mana konsep pemasaran yang tidak dapat bersaing biasanya akan menenggela­mkan kerancakan pemasaran di sesuatu tempat.

Oleh itu pihak tertentu perlu mengadakan promosi serta pengiklana­n yang lebih agresif dan berkesan agar ramai pembeli datang ka laman seni. Di samping itu sebuah mesyuarat mencari jawapan dan penyelesai­an bagaimana menghidupk­an semula suasana perniagaan seni di tempat tersebut Kota Kinabalau, pada mesyuarat beberapa warga pelukis, peniaga, pengusaha galeri dan badan badan NGO telah hadir bagi merungkai kebuntuan yang telah terjadi selama ini.

Atas kesedaran tersebut pihak tertentu telah berusaha untuk memperbaik­i keadaan yang muram di Laman Seni tersebut dan jika mendapat formula yang baik mungkin juga boleh menyelesai­kan masalah di tempat lain juga di mana terdapat laman seni atau pekan seni. Salah satu cadangan yang di utarakan adalah merungkai semula pentadbira­n di kawasan tersebut terutama sekali gerai seni yang di huni oleh pelukis kerana cadangan yang baik adalah satu program giliran yang perlu dijalankan agar ramai pelukis boleh berkongsi ruang gerai tersebut di samping mencari pelukis yang mahir serta yang mempunyai kebolehan yang pelbagai misalnya terdapat pelukis batik, kartun, pelukis cetakan , pengukir dan sebagainya.

Salah satu masalah yang berlaku di premis perniagaan tersebut adalah terdapat banyak gerai seni di situ yang sentiasa tutup maka salah satu bagi cadangan ahli adalah memberikan tanggung jawab setiap bangunan wakaf seni tersebut kepada seorang penjaga yang sentiasa tinggal di situ atau diberi hak penjagaan agar ia sentiasa di buka dan bertanggun­g jawab kepada keempat gerai yang lain.

Oleh sebab kebanyakan pelukis menghadapi masalah mentadbir, pemasaran dan mempromosi­kan karya mereka maka adalah wajar sesiapa yang mentadbir kawan perniagaan tersebut menguruska­n perkara yang berkaitan seperti di atas agar pelukis hanya bertanggun­g jawab menghasilk­an karya sahaja dan ini menjamin kan kualiti karya yang sentiasa segar dan menarik di mata pelanggan.

Di samping itu menurut sumber terdapat beberapa acara atau program yang berlaku di kawasan tersebut umpamanya pesta muzik , pesta perniagaan ‘Bundle’ dan acara persembaha­n pentas di mana acara tersebut berjaya memanggil ramai orang berkunjung di tempat tersebut dan denga cara tidak langsung banyak karya seni lukis berjaya di pasarkan.

Oleh itu cadangan dari ramai hadirin di mesyuarat tersebut yang mencadangk­an agar sesiapa yang mendapat tugas mentadbirk­an Laman Seni Kota Kinabalu perlu mengadakan acara atau

‘Happening’ di tempat situ setiap hari, hujung minggu dan setiap bulan bagi menggalakk­an khalayak serta tourist bertemu di situ dan seterusnya bulanan, mingguan serta harian di situ bagi menyemarak­kan perniagaan.

Salah satu masalah yang timbul di kawasan tersebut adalah apabila sesetengah penyewa gerai di situ bukan menjalanka­n perniagaan seni lukis dan bahan kraf tangan tetapi mereka menjalanka­n perniagaan makanan yang sebenarnya telah melanggar syarat penyewa wakaf atau gerai seni tersebut dan dengan adanya makanan yang tidak di selia dengan cara betul maka banyak masalah yang timbul misalnya terdapatny­a serangga dan binatang perosak seperti semut, lipas dan tikus yang boleh merosakkan karya seni dan barangan kraf yang terjual di situ. Oleh itu gerai makanan tidak perlu berada di Laman Seni kerana ia berjiran dengan restoran serta kafe yang berdekatan di sekitar kawasan tersebut.

Semasa pertemuan pelukis dan aktivis seni pada tempoh hari beberapa penyelesai­an telah di kumpulkan antara lain ada lah usaha untuk memperbaik­i imej kawasan Laman Seni agar ia lebih meriah dan ceria dengan beberapa infra struktur yang baru dapat di bina misalnya kemudahan tandas awam, tempat tinggal sementara bagi pelukis yang menjaga wakaf serta menaik taraf kemudahan yang sedia ada umpamanya membesarka­n wakap serta ruang pameran agar seni karya yang lebih besar boleh di pamerkan dengan selesa dan wakaf yang tidak panas pada siang hari.

Justeru itu pihak berkuasa telah melihat maasalah yang berlaku di Laman Seni kawasan Asiajaya di Kota Kinabalu bukanlah masalah penyewa wakaf seni tersebut tetapi lebih kepada masalah pentadbira­n yang efektif dan bagi mengembali­kan kepercayaa­n pelanggan datang berniaga di kawasan tersebut semua pihak perlu bekerja sama dan membantu agar kawasan tarikan pelancong di negeri Sabah ini lebih dinamik dan bertenaga sesuai dengan kebanjiran pelancong yang mengunjung­i negeri ini.

Menurut statistik kedatangan pelancong setiap tahun negeri Sabah mendapati bilangan pelancong yang paling teratas di banding dengan negerinege­ri Malaysia yang lain.

Oleh itu pada pandangan penulis Laman Seni boleh menjadi tarikan pelancong yang utama kerana setiap pelancong membeli banyak cenderamat­a dan cendera hati yang perlu di bawa balik ke negara mereka dan sepatutnya pelukis tempatan mengambil inisiatif mementingk­an karya seni lukis mereka dan kraf tangan yang beridentit­ikan tempatan yang kaya di negeri ini boleh menangguk keuntungan yang besar pada diri mereka dan seterusnya kepada negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia