Utusan Borneo (Sabah)

Wanita kini mantap bersilat

-

SENI mempertaha­nkan diri silat amat sesuai dijadikan amalan kaum Hawa kerana mempunyai kelembutan semula jadi.

Jurulatih Silat Helang Putih Perkasa Sarawak Iskandar Bujang, 40, berkata setiap silat mempunyai gerak badan dan pergerakan bunga tari yang berlainan dan wanita mempunyai keistimewa­annya tersendiri berbanding lelaki untuk tujuan itu.

“Wanita dari seluruh Malaysia sebenarnya lebih banyak mencipta nama di peringkat persada dunia jika dibandingk­an dengan lelaki.

“Kemungkina­n ini disebabkan kelembutan pergerakan seni tari seorang wanita lebih baik daripada kaum Adam itu sendiri.

“Kak Mai yang merupakan salah seorang wanita yang pernah mencipta nama di Kejuaraan Pencak Silat Sedunia sekali gus mengharumk­an nama Sarawak pernah bekerja di Kampung Budaya Sarawak,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di Dewan Lagenda untuk Program Kesihatan di Kuching, baru-baru ini.

Antara silat yang terdapat di negeri ini adalah Silat Helang Putih Perkasa, Silat Seni Tari dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Iskandar turut berkongsi pengalaman amalan penjagaa kesihatan yang boleh diamalkan oleh semua peringkat umur.

Kepada masyarakat yang tidak mampu untuk membuat pergerakan silat yang agak ekstrem, terdapat cara lain untuk mengamalka­nnya iaitu membuat selangkah kaki ke hadapan atau kebelakang dengan tarikan nafas dalam dan disusuli dengan menghembus untuk seketika beberapa kali, tambahnya.

“Ia memberikan kekuatan kepada jantung dan paru-paru agar lebih aktif dan boleh diamalkan perokok yang sering mendapat lelah atau pendek pernafasan,” ujarnya.

Rumpun Silat Sarawak ditubuhkan pada 1985 melibatkan gabungan pergu-ruan silat dari seluruh Sarawak dan mempunyai 120 tenaga pengajar bagi mereka yang berminat untuk mencuba menjinakka­n diri di dalam seni mempertaha­nkan diri.

Setakat ini, terdapat lebih kurang 12,000 hingga 13,000 orang ahli di seluruh Sarawak tidak termasuk keahlian dari negeri di bawah bayu Sabah, serta negara Australia dan Indonesia.

Selain itu, program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada negara luar bahawa Sarawak juga mempunyai pelbagai jenis seni.

Hari ini, silat Melayu bukan sahaja untuk mempertaha­nkan diri, malah menjadi medium untuk mencergask­an minda, badan dan juga kekuatan tulang.

 ??  ?? SILAT Melayu bukan sahaja untuk mempertaha­nkan diri, malah menjadi medium untuk mencergask­an minda, badan dan juga kekuatan tulang.
SILAT Melayu bukan sahaja untuk mempertaha­nkan diri, malah menjadi medium untuk mencergask­an minda, badan dan juga kekuatan tulang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia