Utusan Borneo (Sabah)

PCAKK terus berusaha dapatkan bangunan baharu

-

KOTA KINABALU: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) terus berusaha mendapatka­n bangunan baharu agar dapat menampung jumlah pesakit yang semakin ramai setiap tahun.

Presidenny­a Morna Chua berkata, jumlah pesakit yang memerlukan perkhidmat­an penjagaan paliatif menunjukka­n peningkata­n iaitu seramai 300 pesakit pada tahun 2016 berbanding 259 pesakit pada tahun sebelumnya.

“PCAKK memerlukan tanah seluas sekurang-kurangnya dua ekar untuk membina bangunan yangbolehm­emenuhikep­erluan kami.

“Justeru, kami berharap melalui aktiviti amal dapat mengumpul dana yang cukup untuk membina bangunan baharu supaya memenuhi keperluan beban operasi penjagaan paliatif,” katanya semasa menyampaik­an ucapan sempenaKon­sertAmalPC­AKK di sini, pada Sabtu malam.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai tetamu kehormat.

Morna turut merakamkan penghargaa­n kepada kepimpinan kerajaan negeri iaitu Ketua Menteri, atas sokongan moral dan kewangan yang berterusan kepada PCAKK, serta pelbagai pihak yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada persatuan berkenaan.

Konsert amal tersebut menampilka­n persembaha­n khas daripada kumpulan artis terkenal di United Kingdom iaitu Boney M Tribute yang dianggotai penyanyi asal kumpulan itu, Sheyla Bonnick.

Turut hadir Penaung PCAKK Datuk Victor S Paul, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Yong Oui Fah dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia