Utusan Borneo (Sabah)

Finas dan UMS anjur Bengkel Bikin Filem Pendek 2017

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Jabatan Pendidikan Sabah anjurkan “Bengkel Bikin Filem Pendek Cinta Negaraku” selama 5 hari berturut-turut. Bengkel ini bertemakan “Filem Pemangkin Semangat Cinta Negaraku” selaras dengan wawasan untuk mengangkat kualiti filem negara dipersada seni.

Penyertaan 10 buah sekolah sekitar Sabah termasuk Maktab Sabah, Smk Likas, Smk Inanam, Smk Perempuan Likas, Kota Kinabalu High School, Smk Bandaraya, Smk Taman Tun Fuad, Smk Kelombong dan Sm Lok Yuk. Bertempat di Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Blok Seni, Peserta diberi pendedahan mengenai asas-asas penerbitan filem.

Program ini terjemahan kepada “Inisiatif negaraku” yang diumum oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini akan pentingnya perpaduan dan semangat cinta negara difahami serta dijadikan amalan oleh segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, peserta dapat mempelajar­i teknik lakonan, solekan artis, teknikalit­i penggambar­an dengan tersusun dan proses penerbitan filem dari peringkat Pra-Produksi, Produksi dan Pasca-Produksi (Penyunting­an).

Di akhir program, 10 produksi menghasilk­an filem pendek dan peserta dibahagika­n kepada 10 kumpulan mengikut sekolah masing-masing. Peserta dibawah bimbingan pelajar tahun akhir Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan UMS. Johan bakal memenangi Rm1,000, Naib Johan Rm750, Tempat Ketiga Rm500 dan hadiah saguhati Rm300 diberi kepada 7 sekolah.

Menurut Zulkurnani­n Hassan selaku Ketua Wilayah Bahagian Perlesenan dan Penguatkua­saan Finas Sabah, bengkel kali ini memberi pendedahan anak muda untuk mempelajar­i asas filem akan melahirkan generasi menguasai bidang perfileman dengan baik.

Turut hadir Penasihat Industri Kreatif Sabah, Datuk Deddy M. Borhan mengharapk­an bengkel ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar sekolah di pelusuk negara, mungkin ada dalam kalangan mereka dapat menyumbang kepada industri perfileman negara di masa akan datang.

“Bengkel sebahagian daripada pembelajar­an dan kokurikulu­m pelajar yang meminati bidang seni. Kerjasama antara FINAS dan tenaga pelajar UMS dan KPM akan meningkatk­an kualiti pembelajar­an dan sijil itu sendiri menjadi nilai tambah kepada kokurikulu­m sedia ada” katanya.

Menurut Jibrail Bansiau, pendedahan kepada teknik pembelajar­an secara praktikal dan tidak bergantung kepada pengetahua­n teori baik untuk pelajar. Di samping mengetahui susur galur proses pembikinan filem dengan teratur dan teliti mengikut prosedur ditetapkan Finas.

Isykandar Yahya, berpendapa­t bahawa bengkel ini membantu meluaskan pengetahua­n am khususnya rukun dalam industri perfileman dan membezakan istilah-istilah asas yang diajar. Ianya satu platform untuk anak muda seperti kami menceburi bidang seni khususnya.

Dengan penganjura­n bengkel ini, persepsi terhadap medium filem penting untuk dijadikan bahan dakwah, menyampaik­an idea, percambaha­n fikiran, mengkhabar­kan peristiwa semasa dan sensasi, mengiklank­an barang dan perniagaan serta penghasila­n dokumentar­i, filemfilem pendek dan cereka khususnya.

 ??  ?? JIBRAIL
JIBRAIL
 ??  ?? ISYKANDAR
ISYKANDAR
 ??  ?? TAKLIMAT dari pensyarah UMS Prof Madya Dr Zairul Anwar.
TAKLIMAT dari pensyarah UMS Prof Madya Dr Zairul Anwar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta semasa bengkel berlangsun­g.
SEBAHAGIAN peserta semasa bengkel berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia