Utusan Borneo (Sabah)

Dan angin pun berbisik

- Oleh NOOR AISYAH MAIDIN ***BERSAMBUNG DI MUKA B7***

AKU menutup daun jendela terakhir. Jendela menghadap sungai. Sungai tempat anak muda memadu janji. Sungai yang mengalirka­n suka duka anak-anak kampung ini. Sungai yang menjadi keributan kala marahnya tak terpempan atau tika rajuknya tak terpujuk lagi.

“Sudahlah Yan. Yang pergi tetaplah pergi. Sedih-sedih begini, aku pun ikut sedih..hish!.” Suara Suri di belakangku.

“Tidaklah Wie. Aku bukannya sedih. Biarlah. Nenek pergipun, memang sudah sampai masanya. Mungkin lebih baik begitu buatnya. Lagi pun, sudah empat puluh hari. Tiada apalah. Aku redha.”

“Habis apa yang kau menungkan? Asri? Kau terkenangk­an dia semula. Sejak dia balik kenduri di sini tadi, kau termenung panjang.”

“Mungkin.” Lalu Suri ke dapur. Aku terus duduk dan berfikir. Asri, ada banyak catatan indah bersama lelaki Melayu terakhir itu.

“Yan! Jangan lepaskan tali tu. Nanti kau jatuh ke dalam air!” Jerit Asri tika aku cuba membuka ikatan di pinggangku. Macam kerbau disimpai rasanya dibuat begini. Dan suaranya kian keras melarang ketika aku membantah. Mungkin berasa kurang selamat dengan tindakanku, dia tergocohgo­coh datang. Rakit kian tidak stabil. Entah kenapa tiba-tiba saja Asri tergelinci­r dan jatuh ke air deras. Aku berpaut pada tali di pinggang yang tak jadi kubuka. Sepantas kilat menyambar kaki Asri.

Cemas. Dari dada ke kepala Asri berada dalam sungai, yang dapat kutarik cuma kaki kirinya. Entah tenaga apa, mungkin dorongan cemas, aku berjaya menarik Asri. Dahinya berdarah, tercucuk hujung buluh rakit. Apa yang ada dekatku. Hanya selendang yang kupakai. Tanpa berfikir panjang, kubuka selendang, membalut kepalanya. Asri malah terkekeh melihat aku. Memalukan. Kenapalah tidak kubuka saja bajunya untuk mengikat kepalanya. Biar dia saja yang malu. Nasib baik aku pakai anak tudung ninja.

“Maaf Yan. Jangan tersinggun­g. Tidak sangka pula ya, gadis Kinandukan ini begitu cekap. Nampak lemah lembut dan macam tidak upaya melindung diri sendiripun. Tangkasnya bertindak!”

Membuat kerja lapangan seni visual dengan penerokaan hutan dan sungai atau laut. Bagaimana dapat kulepaskan peluang ini. Apatah lagi, kami mengundi dan memilih Bukit Kinandukan sebagai lokasi lapangan.

Kononnya, bukit itu berpenungg­u, tetapi semasa budak-budak dulu, kami jadikan sebagai latihan rentas desa walau diberi amaran berkali-kali oleh emak. Sesekali berdayung di muaranya, suatu keseronoka­n tiada terhingga. Tapi apabila kata orang tua-tua tentang bunyi gong dari bukit Kinandukan pada malam Jumaat aku terdengar sendiri bunyi itu, berdiri juga bulu tengkuk.

Aku dan Asri yang memilih berakit sebagai aktiviti pilihan, telah melalui pengalaman indah hari ini, walau mencemaska­n. Dan mungkin kawan-kawan satu opsyenku yang memang hebat melukis serta mencatan, telah menghasilk­an beberapa karya. Jaini, si mahir catan air, dalam beberapa minit dapat mempersona­kan kami dengan kerja halus jemarinya. Mungkin juga ribut pasir yang menyambut ketibaan kami tadi, menjadi subjek menarik catannya. Tidak sepertiku, yang lebih cenderung dengan teknik impasto. Aku memilih warna poster. Tapi aku mungkin ada sedikit kelebihan daripada mereka. Aku boleh mencipta sajak. Beberapa sajak malah dalam sehari. Apa lagi kalau berada di hutan dan beroleng di muka sungai begini. Hana yang sedang jiwang karat dengan Jamal, selalu meminta sajak-sajakku.

“Nah, tidaklah bersih sangat. Basah ni. Ada bau darahku lagi. Tapi, takkan kau mau pakai tudung basah ni Yan.” Kening Asri berkerut tika menghulurk­an selendang yang basah itu. Tuala kecil merah muda sudah membalut kepalanya tapi pendarahan­nya masih ada.

“Mari kita berakit ke tepi. Aku cari kuduk-kuduk. Boleh berhentika­n pendarahan tu.” “Wah, jadi bobohizan pula?” “Hish, aku bukan orang Dusun! Brunei tiada bobohizanl­ah. Kami ada pawang, dukun, bomoh macam orang Melayu juga. Tapi aku bukan bomoh. Aku cuma tahu beberapa tumbuhan dalam rawatan tradisiona­l saja.”

Sejak hari itu, Asri tak memandang aku sebagai wanita lemah lagi. Malah dalam kebanyakan hal, dia bertanya padaku dahulu barulah mengambil keputusan. Terutama dalam melangsaik­an tugasan kumpulan. Petang itu, kami bertemu. “Hidup ini memang aneh Yan. Lama kita berpisah, tibatiba bertemu begini. Tika kita tidak lagi biasa bergaduhka­n assignment. Tidak lagi berbantahb­antah tentang tema pameran untuk semester ini dan semester mendatang.” Kami terkekeh bersama. Lampu temaram yang berbaris di taman Manis Manis Beach Resort & Spa itu membuat kami berasa semacam. Malumaluka­h itu atau ada resah yang tak terungkaik­an.

“Jangan pandang macam tu lah Asri. Macam kita mudamuda dulu pula.” Tak dapat kubayangka­n betapa gelisahnya menerima tikaman matanya.

“Cantik. Masih cantik atau kalau boleh kukatakan, makin cantik beserta anggun.” Pujiannya membuat aku tak tahu bagaimana hendak menyembuny­ikan wajahku yang merah, rasanya! Tapi, kusamarkan saja dengan tunduk dan kemudian memalingka­n wajah ke rimbunan pohon bunga cempaka di kiriku.

“Siti Doryan. Masih ingat namamu itu? Nama yang kami gelarkan untuk Sharifah Aryani. Puteri Kinandukan. Kerana makan durian tidak sedar dunia, muntah-muntah dan dibawa ke hospital tengah-tengah malam.” Pecah lagi ketawa kami mengenangk­an kemaruknya aku makan durian masa semester tiga, sehari sebelum pameran seni lukis. Kelam kabut kawankawan jadinya. Lantaran itu juga, pameran terpaksa ditangguhk­an ke hari berikutnya. Kenapa tidak, kelima-lima kami pelatih wanita, ke hospital dan aku ditahan semalam. Mereka menemankan. Aduhailah manisnya kenangan.

Suasana bening kembali. Hanya bunyi cengkerik meningkah irama di laman indah yang menghidang­kan barbeku. Asri meninggalk­an aku melayan perasaan. Aku memandang langkahnya. Tidak berubah. Mungkin kerana pandai menjaga kesihatan, hampir tak kutemui di mana perubahann­ya. Dua puluh sembilan tahun tak pernah bersua setelah konvokesye­n dan hubungan kami dilanda krisis. Dan kini Asri di hadapanku.

Apa agaknya tajuk sesuai untuk malam-malam seperti ini. Malam yang tersenyum menyambut kehadiran kami berdua. Seperti dahulu lagikah perasaan yang ada di dada kami. “Yan, apa khabar?” “Sekian lama duduk bersama, baru bertanya khabar?” Ketawa. Kami masih rasi berbual bersama rupanya. Masih suka ketawa walau untuk perkara yang kecil dan tak berapa lucupun.

 ??  ?? - Sekadar gambar hiasan.
- Sekadar gambar hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia