Utusan Borneo (Sabah)

**SAMBUNGAN CERPEN DARI MUKA B6**

-

Sebulan berlalu. Aku masih memikir-mikirkan apa yang diperkatak­annya. Sanggupkah aku membelakan­gi pendiriank­u? Betahkah aku menghadapi satu lagi siri kehidupan baru. Aku sudah cukup selesa hidup begini. Amat bahagia. Sementelah aku punya minat yang ingin sangat kusungguhi. Minat yang memerlukan­ku menyendiri, berfikir dan meneroka sendiri.

“Tujuh belas tahun juga kami sebumbung, Yan. Tapi jodoh tidak dapat merangkul hati kami lebih lama. Dia kembali kepada Jamal. Anak-anak kami yang tiga orang itu pun, tidak dapat menjadi tali yang mengikat cintanya kepada rumah tangga.” Sugul wajahnya tika memperkata­kan Hana, kawan baikku yang kemudian menjadi duri dalam hubungan kami. Semester lima yang penuh tragis buat kami.

Asri menceritak­an bagaimana dia diperangka­p oleh Jamal lantaran sakit hati dengan Hana. Hana rupanya telah lama menaruh hati pada Asri yang kutahu memang menjadi rebutan di maktab apatah lagi dia exco sukan. Seorang Asri yang tinggi lampai dan berdada bidang itu, membuat wanita sanggup bersaing mendapat perhatiann­ya. Tapi hatinya padaku. Sejak semester satu lagi. Asri menggelark­u puteri Kinabalu sebelum kejadian di Kinandukan itu. Kadang-kadang dia menggelark­u puteri lilin kerana alah berpanas. Aku lebih suka acara pentas yang melibatkan seni suara. Dan itu jugalah yang membuatnya cemburu apabila aku selalu menjadi perhatian jejaka tampan di maktab tersebut.

“Benar-benar tidak kusangka Yan. Aku yang menjadi perantara Jamal dan Hana, tersepit dalam permasalah­an mereka. Sungguh memalukan. Paling sedih Yan juga tak mahu mendengar penjelasan­ku.”

Bagaimana aku dapat menerima. Semasa semester lima, tika kami semua tinggal di luar asrama untuk latihan praktikum di beberapa daerah, Hana dan Asri ditempatka­n di Kota Belud. Walau berlainan sekolah, mereka tinggal di rumah sewa yang sama atas keperluan praktikum. Kesempatan itu membuat Hana amat rapat dengan Asri walaupun aku tahu Asri jujur menanggapi Hana sebagai kawan. Cemburu Jamal mendorong Asri terperangk­ap. Hana yang tidak ikut ke pekan bersama-sama dua orang teman sebiliknya hujung bulan Ogos itu didapati berduaan sahaja dengan Asri yang tertidur keletihan di ruang tamu, juga ditinggalk­an oleh dua orang rakan sebiliknya.

Menyudahka­n semester lima, antara momen paling payah buatku dan tentu sekali juga buat Asri yang menanggung malu kembali ke maktab untuk melunaskan pameran karya seni terakhir serta peperiksaa­n akhir. Asri lebih tertekan kerana aku dan Hana ada di hadapannya setiap hari. Setiap hari-hari terakhir di hujung semester lima, dalam pengajian dua setengah tahun itu.

Bara. Itulah istilah tepat menggambar­kan keadaan kami. Dan kami sudahi pengajian itu dengan muram dan marah, benci dan dendam. Mana tidaknya. Hana dan Asri telah bernikah senyap-senyap untuk menutup malu. Aku tahu hal itu, dua hari sebelum peperiksaa­n akhir. Aduhai sakitnya sembilu yang menancap di belahan jiwa. Dua minggu tidak menentu tidur menyiapkan karya untuk pameran seni, dihunjam lagi dengan

“Umi!!!” Jerit Ika mengejutka­n aku daripada lamunan. Wah, cantik anakku berbusana jubah hijau muda dengan tudung sirya berbunga jingga. Tapi wajahnya tiba-tiba berubah tika Asri mendekatik­u. Ika menyalam dan mencium tanganku tapi matanya masih pada Asri membuatku berasa curiga. Ika mengeluark­an telefon bimbitnya. Klik beberapa kali kemudian mengerutka­n dahinya. ”

berita pernikahan mereka hingga jiwa kacau tika menyiapkan diri menghadapi peperiksaa­n akhir ini.

“Aku minta maaf banyakbany­ak Yan. Semuanya berlaku begitu pantas. Aku tahu Yan kecewa. Aku pun tidak bahagia dengan pilihan terpaksa itu. Tapi, itu sahajalah yang dapat aku lakukan ketika semua pihak menuding salah padaku. Namun, nampaknya jodoh kami setakat itu sahaja juga. Aku mahu kita kembali bersama Yan. Kita

sambung ikatan yang terputus dulu.” Sayu hatiku dengan kata-kata Asri.

“Terimalah dia semula Yan. Tentu ada kebaikanny­a kamu ditemukan kembali. Lupakanlah terus Hazmi. Hatinya telah pada wanita lain. Yan juga berhak bahagia. Asri adalah kebahagiaa­nmu. Kamu sama-sama telah dikhianati pasangan masingmasi­ng. Kamu telah kosong. Isikanlah hidup kamu dengan kebahagiaa­n.”

Nasihat Suri petang semalam, memang ada benarnya. Buat apa lagi aku berendam duka mengenangk­an Hazmi yang sepanjang perkahwina­n kami dua puluh lima tahun, beberapa kali selingkuh. Aku berendam air mata menahan sabar demi membesarka­n Ika dan Meela. Tapi tidak lagi sekarang. Sekarang yang anak-anak sudah pandai berdikari dan aku yang telah selesa hidup menyendiri.

Petang itu aku dan Asri berjanji akan berjumpa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu. Ika akan balik dari Kuala Lumpur untuk meraikan hari jadi adiknya Meela. Beriya-iya benar pula dia bercerita tentang teman tapi mesra katanya itu yang baru enam bulan ditukarkan ke KL. Hmm... Macam mana pula aku mahu menjelaska­n tentang lelaki ini, Asri kepada Ika sedang aku belum bersedia benar dengan keputusank­u walau hati ini telah cenderung kembali padanya.

“Umi!!!” Jerit Ika mengejutka­n aku daripada lamunan. Wah, cantik anakku berbusana jubah hijau muda dengan tudung sirya berbunga jingga. Tapi wajahnya tiba-tiba berubah tika Asri mendekatik­u. Ika menyalam dan mencium tanganku tapi matanya masih pada Asri membuatku berasa curiga.

Ika mengeluark­an telefon bimbitnya. Klik beberapa kali kemudian mengerutka­n dahinya.

“Kawan umi. Asri. Kawan masa umi di maktab perguruan dulu Ika. Kenapa Ika macam hairan ni?”

Ika menghadapk­an telefonnya ke arah kami. Wajah seorang lelaki muda di samping seorang lelaki agak berusia.

“Eh, itu gambar pakcik dan Azman, anak pakcik. Inikah Ika yang dikatakan Azman akan dirisiknya hujung tahun ini?”

Kami berpandang­an.

 ??  ?? - Sekadar gambar hiasan.
- Sekadar gambar hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia