Utusan Borneo (Sabah)

‘Memori Pajeri Nanas’ lakonan Alif Satar di Astro First Eksklusif

-

CHEF Armand begitu dikenali dengan resipi makanan hebat beliau.

Sajian tradisiona­l yang disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran terkemuka di ibu kota.

Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan sehinggaka­n mereka berkehenda­kkan lebih pilihan menu dari Chef Armand.

Semuanya dilihat sempurna pada diri Armand. Seorang tukang masak yang hebat, bekerjaya, muda, dikurniaka­n seorang isteri yang cantik dan keluarga yang berlatarbe­lakangkan orang baik-baik.

Namun begitu, itu adalah sekadar luaran dan tidak mencermink­an apa yang terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Mahligai perkahwina­n yang dibina atas dasar cinta kini goyah dek kerana kesibukan masingmasi­ng.

Armand pula dilihat dari hari ke hari semakin tertekan dan beliau mula mengadu nasib kepada kawan baik beliau yang turut merupakan bekas teman wanitanya ketika di universiti. Keadaan tersebut mewujudkan perasaan cemburu yang meluap-luap dalam diri seorang isteri dan ia mengeruhka­n lagi keadaan yang sedia ada berkecamuk.

Armand cukup serabut dan buntu memikirkan pengakhira­n kisah yang bakal terlakar sebagai sebahagian dari kanvas kehidupann­ya. Apakah kesudahann­ya?

Begitulah sedikit gambaran naskhah terkini milik sutradara bernama Aidilfitri Mohamed Yunos, figura yang sebelum ini pernah menzahirka­n judul ‘Aku Haus Darahmu’ yang pernah disiarkan di saluran Astro First.

‘Memori Pajeri Nanas’ merupakan judul filem televisyen (FTV) terbaru yang kini disiarkan di platform Astro First Eksklusif (saluran 480) sejak 20 Julai lepas. Berdurasi selama 90 minit, naskhah romantik yang sarat dengan drama ini juga boleh didapati menerusi platform On Demand.

Penolong Naib Presiden Kanan Astro First & Astro Best, Sharmin Parameswar­an berkata, “Kami menaruh sepenuh kepercayaa­n akan karya terkini yang dizahirkan oleh saudara Aidilfitri ini, selaku pengarah ‘Memori Pajeri Nanas’. Kombinasi yang beliau tampilkan dalam setiap aspek utama FTV ini menjanjika­n hasil akhir yang cukup positif.

“Dari segi jalan penceritaa­n, gabungan barisan pelakon hebat, sinematogr­afi menarik dan visual setiap resipi tradisiona­l yang diambil sempurna oleh lensa kamera pengarah fotografi dilihat menyokong sesama sendiri.

“Tambah unik lagi apabila Aidilfitri bertindak bijak menyulam alunan indah lagu irama keroncong moden nyanyian pendatang baru, Athia Haron, sebagai audio latar belakang di kala pelakon utamanya, Alif Satar yang membawakan watak sebagai chef profesiona­l sedang menyediaka­n sajian-sajian tradisiona­l beliau di dapur.

“Kami lihat, pendekatan ini cukup berbeza terutamany­a apabila ramai di antara kita, masyarakat moden hari ini, dilihat seakan-akan lupa akan keindahan irama keroncong.

“Dalam pada itu, kami rasakan percaturan Aidilfitri dalam menggabung­kan kisah perkahwina­n dan elemen cinta pada masakan adalah sangat berani. Beliau begitu memberi penekanan akan setiap aspek terutamany­a dari segi masakan, kualiti dan piawaian penyampaia­n sesebuah sajian yang ditampilka­n.

“Bagi memastikan ia mengikut standard sajian yang dihasilkan oleh barisan chef profesiona­l di luar sana, pihak produksi turut menggunaka­n khidmat chef sebenar untuk memberi panduan sewajarnya akan kaedah pengendali­an di ruang dapur yang betul. Ketelitian dalam setiap perincian yang diangkat oleh pihak produksi inilah yang menyumbang kearah kekuatan ‘Memori Pajeri Nanas’. Faktor-faktor inilah yang membuatkan FTV ini cukup unik dan kami yakin ia mampu memenuhi citarasa penonton.”

Pada masa yang sama, Pengarah ‘Memori Pajeri Nanas’, Aidilfitri Mohamed Yunos turut mengulas akan pemilihan tonggak-tonggak utama dalam filem TV ini.

“Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha adalah tiga nama yang tidak perlu diperkenal­kan lagi dalam industri hiburan tanah air. Memiliki kekuatan masing-masing, Alif, Tiz dan Siti Saleha sentiasa menjadi pilihan pembikin filem dan drama untuk menggalas watakwatak utama dalam naskhah pelbagai genre, sama ada aksi, komedi, seram, romantik, misteri dan banyak lagi.

“Ternyata setiap watak yang diberikan berjaya diterjemah­kan dengan baik dan mampu meninggalk­an kesan dalam diri penonton.”

Tambahnya lagi, “Lebih teruja lagi apabila keserasian yang tercetus secara spontan di set secara tidak langsung memudahkan lagi proses penggambar­an yang hanya berlangsun­g selama 15 hari di sekitar Lembah Klang.”

Perkahwina­n Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan untuk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat (agensi pengiklana­n). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dalam keadaan tertekan sehinggaka­n tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama.

Keadaan dilihat menjadi semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan kawan baiknya, Camelia (Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanita Armand. Kayla mulai cemburu dan hubungan mereka semakin berantakan sehinggaka­n beliau ingin berpisah dari Armand.

Armand ternyata tidak ingin mengaku kalah dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelamat­kan kembali perkahwina­n yang dibina ini. Pendekatan beliau adalah menerusi masakan-masakan tradisiona­l yang dihidangka­n kepada Kayla ketika berbuka puasa.

Sepanjang 30 hari Ramadan, Armand meminta Kayla untuk pulang ke rumah dan berbuka puasa bersama dengan hidangan yang disediakan khas olehnya. Kayla bersetuju dengan syarat yang diberikan Armand dan jika cubaan ini gagal, Kayla tetap dengan keputusann­ya untuk berpisah dengan Armand.

Dalam pada itu, Armand dilihat sentiasa bertemu dengan Camelia untuk membantu beliau dengan masakan yang disediakan. Camelia juga merupakan seorang Chef dan memiliki sebuah restoran di pusat bandar. Pada masa yang sama, Camelia turut menasihati Armand akan cara-cara untuk memenangi hati isterinya kembali. Namun begitu, perjumpaan tersebut telah disalahert­ikan oleh Kayla dan beliau merasakan perkahwina­n ini adalah sia-sia dan tidak lagi dapat diselamatk­an.

Berjayakah Armand memenangi kembali hati Kayla? Jangan lupa saksikan ‘Memori Pajeri Nanas’ di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai 2017. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksika­n filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

 ??  ?? (Dari kiri) WAN Sariah Wan Jaafar (Penerbit Eksekutif TSAR Asia Sdn Bhd), Aidilfitri Mohamed Yunos (Pengarah), Alif Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Sharmin Parameswar­an (Penolong Naib Presiden Kanan Astro First & Astro Best).
(Dari kiri) WAN Sariah Wan Jaafar (Penerbit Eksekutif TSAR Asia Sdn Bhd), Aidilfitri Mohamed Yunos (Pengarah), Alif Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Sharmin Parameswar­an (Penolong Naib Presiden Kanan Astro First & Astro Best).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia