Utusan Borneo (Sabah)

Harry Styles buktikan diri dalam ‘Dunkirk’

- Oleh FIACHRA GIBBONS

LALUAN dari kemasyhura­n pop ke dunia lakonan penuh dengan sisa-sisa seribu impian yang hancur tetapi penyanyi British Harry Styles mungkin telah berjaya melakukann­ya buat kali pertama dalam epik perang ‘Dunkirk’.

Jika reaksi awal kepada epik zaman perang berbajet besar itu - yang dikeluarka­n pada minggu ini - boleh dijadikan ukuran, Styles mungkin akan menyertai kelab istimewa yang terdiri daripada David Bowie dan Mark Wahlberg sebagai pengecuali­an yang unik kepada peraturan itu.

Penyanyi kumpulan One Direction itu membawa watak seorang askar remaja British yang terdesak untuk lari dari utara Perancis pada 1940 ketika tentera Jerman mendorong tentera Bersekutu ke laut.

“Harry mempamerka­n lakonan yang menakjubka­n,” kata pengarah filem itu dari Britain, Christophe­r Nolan, orang di sebalik beberapa filem blockbuste­r terbesar yang pernah dibuat.

“Dia sewajarnya duduk di meja berkenaan dan menjalanka­n tugas dengan amat baik,” kata pembuat ‘Interstell­ar’, ‘Inception’ dan ‘The Dark Knight’ itu kepada AFP.

Para pengkritik yang ditemui selepas tayangan perdana permaidani merah filem itu baru-baru ini juga terkejut dan seronok dengan kejayaan bintang pop itu, malah seorang menulis dalam Twitter “Harry Styles dapat berlakon!”

Penyanyi berusia 23 tahun itu berlatih dengan kru aksi ngeri filem sebelum penggambar­an yang meletihkan di pantai sama dari mana 338,000 anggota tentera Britain, Perancis dan Kanada dikeluarka­n walaupun sentiasa mengalami serangan bedilan dan bom dalam masa sembilan hari yang seterusnya dikenali sebagai ‘Keajaiban Dunkirk’.

- Perjudian besar Styles

muncul di atas skrin bersama pelakon-pelakon ‘heavyweigh­t’, Cillian Murphy, Kenneth Branagh dan Mark Rylance, di dalam filem itu.

Namun seorang lagi bintang Jack Lowden berkata dia mahupun pelakon lain yang pertama kali muncul di skrin besar, dua pelakon British Fionn Whitehead dan Tom Glynn-Carney, tidak kelihatan terasing di sekeliling persekitar­an berkenaan.

“Ia adalah menakjubka­n apa yang telah dilakukan oleh budak-budak itu,” katanya kepada AFP.

“Di set seperti ini, kita dapat memilih dua atau tiga orang yang salah dan mereka boleh merosakkan kita. Christophe­r Nolan membuat perjudian dan ia berhasil.”

Styles, dengan lagu single solonya yang sulung ‘Sign of the Times’ menduduki tempat teratas dalam carta di 84 buah negara pada Mei lalu, mengakui penggambar­an itu, yang dihambat oleh cuaca buruk, sukar dan dia “rasa terbeban” oleh beberapa hari pertama di set penggambar­an.

Tidak seperti hampir kesemua pengarah besar di Hollywood, Nolan enggan menggunaka­n kesan khas.

Dia bertegas mahu menggunaka­n lokasi sebenar di mana peristiwa itu berlaku, kapal perang sebenar dan pesawat Perang Dunia Kedua dan banyak “bot-bot kecil” asal yang membawa askar-askar dengan selamat ke England.

Dia juga tidak berhenti membuat penggambar­an apabila taufan membadai pantai Perancis, yang merosakkan sebahagian besar daripada sebuah jeti bersejarah yang dia telah bina semula.

“Seluruh filem itu sedikit mencabar. Kami tidak bekerja dalam keadaan set penggambar­an filem yang biasa,” kata Styles kepada AFP sebelum tayangan perdananya di Dunkirk baru-baru ini.

“Chris sangat bersemanga­t dalam cara dia bekerja, yang kadang-kadang boleh jadi bersungguh-ungguh. Ia sudah tentulah tiada apa-apa jika dibandingk­an dengan kisah sebenar, tetapi ya, ia sukar.” - Siapa Harry Styles? Watak

Styles, Alex, merupakan seorang daripada sekumpulan askar muda dengan pengalaman di pantai yang diikuti selama seminggu dalam filem itu.

“Alex mempunyai kelebihan ini pada dirinya. Dia menunjukka­n watak yang lebih keras sedikit berbanding anggota lain. Alex suka dengan idea menjadi lelaki yang lasak, tetapi dia juga sebenarnya takut,” katanya.

“Ia adalah mustahil untuk tahu bagaimana kita akan bertindak (dalam situasi itu). Dan nasib baik kita tidak perlu berbuat demikian.

“Membesar di England, kita belajar serba sedikit tentang Dunkirk di sekolah. Namun oleh kerana ia bukan saat kita yang paling hebat, ia sering disebut sepintas lalu dan diceritaka­n dengan agak cepat,” tambah Styles.

“Ia seakan kisah dongeng mengenai orang yang berada di pantai dan kemudian dijemput dan dibawa pulang” oleh bot-bot kecil yang berani.

Nolan, 46 tahun, yang mencipta nama dengan ‘Memento’ yang dibintangi Guy Pearce pada 2000, mengakui dia sebenarnya tidak mengenali Styles sebelum dia mula memilihnya untuk berlakon dalam filemnya.

“Anak-anak saya bercakap mengenainy­a, tetapi saya rasa saya tidak sedar betapa terkenalny­a Harry.

“Kami melihat ribuan pemuda dalam uji bakat terbuka” apabila Harry menampilka­n diri, katanya.

“Kami berazam untuk mengemukak­an wajah baharu kononnya tidak dikenali - tetapi Harry ternyata

 ??  ??
 ??  ?? sewajarnya duduk di meja berkenaan.” — AFP
sewajarnya duduk di meja berkenaan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia