Utusan Borneo (Sabah)

Dua dihukum mati di Belarus

-

MINSK:Dualelakid­ijatuhkan hukuman mati kelmarin di Belarus, satu-satunya negara di Eropah yang masih mengamalka­n hukuman mati, menurut kumpulan hak asasi tempatan Viasna.

Mahkamah di bandar timur Mogilev menjatuhka­n hukuman ke atas Igor Gershankov, 36, dan Semion Berejnov, 31, yang disabitkan atas enam pembunuhan yang ada kaitan penipuan hartanah, menurut Viasna.

Defendan didapati menyamar sebagai ejen hartanah dan memujuk pemilik tua agar menjual pangsapuri mereka dengan harga yang amat rendah, sebelum membunuh mereka.

Dua rakan subahat menerima hukuman penjara masingmasi­ng 22 dan 24 tahun atas jenayah yang dilakukan antara 2009 dan 2015.

Kesatuan Eropah dan Majlis Eropah segera mengecam hukuman itu.

Setiausaha Agung Majlis Eropah Thorbjorn Jagland bercakap tentang kekecewaan dan kesedihan bahawa Belarus meneruskan untuk menggunaka­n amalan tidak berperikem­anusiaan dan tidak adil yang bertentang­an sepenuhnya dengan nilai-nilai Eropah.

Ketua badan pemerhati utama hak asasi di Eropah menyeru kepada pihak berkuasa Belarus untuk segera memperkena­lkan moratorium hukuman mati sebagai langkah pertama ke arah pemansuhan sepenuhnya.

Negara bekas Soviet itu sudah lebih dua dekad ditadbir pemimpin veteran Alexander Lukashenko.

Di Belarus, seorang lelaki dihukum mati tahun ini selepas disabitkan atas dua kes rogol dan bunuh.

Sementara itu, dua lagi banduan sedang menunggu pelaksanaa­n hukuman mati. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia