Utusan Borneo (Sabah)

Jerman tundukkan Itali, Sweden kecewakan Russia

-

DEVENTER: Tendangan penalti Babett Peter pada separuh masa kedua membantu juara bertahan Jerman untuk mencatatka­n kemenangan 2-1 ke atas Itali yang bermain dengan 10 pemain di kejohanan Euro wanita di Belanda pada Sabtu.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, kapten Lotta Schelin dan Stina Blacksteni­us membantu Sweden mencatatka­n kemenangan 2-0 ke atas Russia.

Dalam perlawanan yang penuh insiden di Tilburg, Jerman mula-mula menjaringk­an gol pada minit ke-19 apabila Josephine Henning menanduk masuk setelah penjaga gol Itali Laura Giuliani melepaskan bola ekoran tendangan percuma oleh Dzsenifer Marozsan.

Itali menyamakan kedudukan dalam satu serangan balas 10 minit kemudian apabila Ilaria Mauro mengeliruk­an penjaga gol Jerman Almuth Schult setelah menerima umpanan dari Barbara Bonansea yang telah memecut sepanjang sayap kiri.

Peter menjaringk­an gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-67 selepas Giuliani menjatuhka­n Anja Mittag dalam kotak penalti, dan seminit kemudian Itali bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan Elisa Bartoli dilayangka­n kad kuning kedua.

Cubaan Jerman terkena tiang dua kali – Sara Daebritz pada separuh masa pertama dan Mandy Islacker di babak kedua – manakala Bonansea menyaksika­n tendangan percumanya dikeluarka­n oleh Schult 10 minit sebelum tamat sebelum Itali tersingkir.

“Saya rasa ini adalah pasukan Itali yang hebat,” kata jurulatih Itali Antonio Cabrini.

“Kami bermain pada tahap yang sama dengan pasukan yang jauh lebih bagus daripada kami. Kami bermain hebat selama 70 minit dan percaya kepadanya hingga ke akhir.”

Di Deventer, Schelin menjaringk­an gol pembukaan Sweden pada minit ke22, dengan menanduk masuk tendangan percuma yang cantik oleh Magdalena Ericsson.

Blacksteni­us menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-51 apabila dia mengutip bola tendangan gol yang buruk oleh penjaga gol Russia, Tatiana Shcherbak, menewaskan dua pemain pertahanan dan meledakkan rembatan yang hanya mampu ditolak oleh Anna Kozhnikova ke tiang gol sebelum ia mencecah jaring.

“Tiga mata, dua gol, itu adalah bagus,” kata jurulatih Sweden, Pia Sundhage.

“Saya gembira dengan keputusan itu dan sebahagian permainan, terutamany­a pada babak pertama.”

Russia dapat mara ke peringkat suku akhir jika mereka menang, selepas menang mengejut 2-1 ke atas Itali dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Namun mereka tidak pernah dekat apabila Sweden memberi tekanan yang kuat ke atas mereka dari awal lagi dengan rembatan jarak jauh Kosovare Asllani yang terkena palang gol pada minit ke-10.

Russia mengambil masa setengah jam untuk mengancam di hadapan, tetapi Elena Danilova tersasar dari jarak jauh.

Pada gawang lain, Schelin merembat bola ke hadapan gol yang tersasar sedikit dan Linda Sembrant menanduk bola yang keluar dari tendangan sudut sejurus sebelum waktu rehat.

Sweden terus mendominas­i pada babak kedua tetapi mensia-siakan peluang mereka, dengan Sembrant yang menanduk bola yang terkena tiang gol lima minit sebelum tamat.

“Sweden sangat kuat dalam situasi bola mati, mereka begitu ramai dan ini adalah sesuatu yang tidak membolehka­n kami untuk bermain dengan baik,” kata jurulatih Russia, Elena Fomina. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia