Utusan Borneo (Sabah)

Mildat jadi penyelamat Romo FC

-

PAPAR: Jaringan minitminit akhir oleh Mildat menyelamat­kan Romo FC dari ambang kekalahan apabila hanya berpuas hati mencatat keputusan seri 5-5 ketika menentang pasukan Jabatan Kehakimah Syariah Negeri Sabah (JKSNS) dalam aksi persahabat­an yang berlangsun­g di Padang Pekan Papar pada Jumaat.

Pujian harus diberikan kepada benteng Kelab Romo FC yang diketuai oleh Sarmin dan dibantu oleh Wan, Guntur , Malai , John dan Gray yang mampu menyekat asakan pihak lawan diketuai oleh Azmi yang berganding­an baik bersama Fazli Mansor sejak mula tiupan wisel hingga tamat perlawanan.

Penyerang Romo FC Ali Tuah yang digelar ‘Mini Cooper’ mendapat pujian daripada rakan sepasukan apabila menjaringk­an dua gol (minit ke 5 dan ke 67) selain membantu dua jaringan yang dihasilkan oleh Jay-Jay pada minit ke 55 dan Tajuddin melalui tendangan penalti pada minit ke 75.

Manakala pemain gantian Romo FC, Mildat muncul wira apabila mencipta nama selaku penjaring pada minitminit akhir perlawanan yang memberikan pasukan Romo FC mencatat keputusan seri.

Manakala jaringan pasukan JKSNS terhasil melalui Fazli Mansor (3 gol), Azmi Talip (1 gol) dan Hassan Jumat (1 gol).

Menurut Dato Fauzi Ibrahim selaku Presiden Romo FC ketika ditemui berkata, perlawanan persahabat­an ini mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan berdisipli­n.

Katanya aktiviti seumpama ini juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang yang secara tidak langsung memberi impak positif dengan cara gaya hidup sihat dan ceria sepanjang masa.

Dalam pada itu Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah Datuk Jasri @ Nasip Matjakir berharap program seumpama ini akan dimanfaatk­an oleh anak-anak muda dalam mengisi masa lapang yang berfaedah, sekaligus menjadikan warga belia sentiasa sihat, ceria, berdisipli­n serta mempunyai jati diri.

Di majlis itu, Fauzi telah menyumbang­kan satu set jersi dan dua biji bola kepada pasukan JKSNS yang akan menyertai Kejohanan Antara Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia kali ke 4 di Melaka pada 9-12 Ogos.

 ??  ?? PEMAIN dan pegawai Romo FC (dari kanan) Shake, Mildat, Randy, Osman, Buchu dan Amir @ Don.
PEMAIN dan pegawai Romo FC (dari kanan) Shake, Mildat, Randy, Osman, Buchu dan Amir @ Don.
 ??  ?? FAUZI (kiri) dan Jasri mempamerka­n jersi sumbangan Fauzi kepada pasukan JKSNS.
FAUZI (kiri) dan Jasri mempamerka­n jersi sumbangan Fauzi kepada pasukan JKSNS.
 ??  ?? FAUZI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jasri sambil diperhatik­an oleh Azmi (kanan) dan Nurul Husny Ali Akbar (dua kanan).
FAUZI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jasri sambil diperhatik­an oleh Azmi (kanan) dan Nurul Husny Ali Akbar (dua kanan).
 ??  ?? ANNA bekas legenda pemain Romo FC merakamkan gambar bersama Mildat, Gray, Don, Buchu dan Yusof (kanan).
ANNA bekas legenda pemain Romo FC merakamkan gambar bersama Mildat, Gray, Don, Buchu dan Yusof (kanan).
 ??  ?? PASUKAN JKSNS merakamkan gambar sebelum perlawanan bersama Fauzi, Jasri dan Nurul.
PASUKAN JKSNS merakamkan gambar sebelum perlawanan bersama Fauzi, Jasri dan Nurul.
 ??  ?? PASUKAN Romo FC, Ali (duduk, empat kiri).
PASUKAN Romo FC, Ali (duduk, empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia