Utusan Borneo (Sabah)

Kemampuan Warisan FC teruji

Dalam pertemuan menentang Blaugrana, Chakuchai FC

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Kemampuan Warisan FC teruji dalam dua siri perlawanan persahabat­an sebelum memasuki ujian sebenar beraksi buat pertama kali dalam Liga Komuniti Labuan 2017 bermula 29 Julai hingga Disember ini.

Dalam siri pertama perlawanan persahabat­an, Warisan mengatasi juara 9Sebelah Telekom Malaysia Labuan 2017, Blaugrana 7-0, manakala siri kedua Jumaat malam, Warisan kalah tipis 23 kepada Chakuchai, pasukan lapan terbaik Liga Komuniti Labuan 2016.

“Perlawanan persahabat­an siri kedua memperliha­tkan Warisan bukan pasukan belasahan apabila meletakkan Chakuchai FC di laluan sukar memperoleh kemenangan tipis 3-2,” kata pengurus pasukan Warisan FC, Akin @ Benedic Chu.

Chakuchai dibarisi para pemain berpengala­man dan sebahagian­nya pernah membarisi pasukan utama Labuan ketinggala­n 20 sehingga pertengaha­n permainan separuh masa kedua.

“Chakuchai hanya dapat mengejar ketertingg­alan dan seterusnya menjaring gol kemenangan berikutan kekejangan otot pertahanan Warisan,” kata Akin.

Seawal perlawanan persahabat­an Jumaat malam di Kompleks Sukan Labuan, para pemain Warisan FC menguasai permainan dengan banyak bola bergerak di hadapan pintu gawang Chakuchai.

Jack @ Mohd Azmi Aziz menyemarak­kan perlawanan dengan membolosi gawang Chakuchai pada minit ke37 sekali gus mengekalka­n Warisan mendahului jaringan sehingga wisel penamat perlawanan separuh masa pertama ditiupkan.

Seawal perlawanan separuh masakeduab­ermula,Celleyster Emin menambah jaringan Warisan menjadi 2-0 setelah menewaskan penjaga gawang Chakuchai.

Susana permainan semakin rancak dengan Chakuchai mengatur serangan yang lebih agresif dan membawa kepada Nor Zulazmi menjaringk­an gol pada minit ke-67 menjadikan kedudukan 2-1.

Pertahanan­Warisanmen­jadi sedikit gopoh dan agak kucarkacir sehingga memberi laluan kepada Nor Zulazmi menambah gol pada minit ke-75 menjadikan kedudukan seri 2-2.

Warisan cuba bertahan namun sedikit kesilapan di bahagian pertahanan mengakibat­kan Chakuchai mendapat sepakan penalti. Situasi yang mendebarka­n itu berjaya diredakan penjaga gawang Warisan, Md Izzul Fitri yang menghadang bola mencecah jaring.

Menyusul sepakan penalti itu,seorangpem­ainpertaha­nan Warisan mengalami kekejangan otot sehingga diganti rakan pemain bukan posisi pertahanan.

Keadaan itu telah memberi kemaraan kepada Khairi Haris menjaring gol ketiga Chakuchai pada minit ke-85.

Akin mengucapka­n syabas kepada pemain kedua-dua pasukan kerana menunjukka­n persembaha­n berkualiti dan penuh semangat kesukanan.

Liga Komuniti Labuan antara kejohanan berprestij di sini yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM5,000 bagi johan, RM3,000 (naib johan) dan masing-masing RM1,000 bagi tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan persahabat­an siri kedua memperliha­tkan Warisan bukan pasukan belasahan apabila meletakkan Chakuchai FC di laluan sukar memperoleh ” kemenangan tipis 3-2. AKIN @ BENEDIC CHU Pengurus Warisan FC

 ??  ?? CHAKUCHAI FC pasukan lapan terbaik Liga Komuniti Labuan 2016.
CHAKUCHAI FC pasukan lapan terbaik Liga Komuniti Labuan 2016.
 ??  ?? BARISAN pemain Warisan FC ketika bertemu Chakuchai FC.
BARISAN pemain Warisan FC ketika bertemu Chakuchai FC.
 ??  ?? SALAH satu detik cemas depan gawang Warisan FC.
SALAH satu detik cemas depan gawang Warisan FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia