Utusan Borneo (Sabah)

PERAIRAN SABAH SELAMAT

Dijaga rapi pihak berkuasa tempatan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kehadiran 1,000 kapal layar dari Persatuan Sail Malaysia seluruh dunia jelas membuktika­n bahawa perairan negara khususnya di Sabah adalah dalam keadaan selamat dan terus dijaga rapi oleh pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi TamanTaman Sabah Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, kedatangan penggemar aktiviti laut sepanjang 10 tahun kebelakang­an ini menunjukka­n bahawa tiadanya isu ancaman penculikan di perairan negeri ini.

“Kita tidak perlu mengubah persepsi segelintir masyarakat luarberkai­tansuasana­perairan negara misalnya di Semporna dan Lahad Datu kerana mereka sendiri mengakui bahawa perairan negeri ini selamat dari sebarang ancaman.

“Tiada guna saya katakan negara ini selamat jika mereka tidak merasai sendiri dan pastinya mereka akan memberitah­u kepada seluruh dunia bahawa perairan negara adalah selamat,” katanya ketika ditemui pada Program Amal Bersama Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di Pulau Manukan pada Ahad.

Selain itu Zainal berkata meskipun jumlah kapal layar yang datang tidak menentu disebabkan keadaan ekonomi dan cuaca, namun, pihaknya terus menerima kedatangan daripada 52 negara itu setiap tahun.

Bahkan katanya dua pertiga daripada jumlah pelayar yang datang ke Sabah sepanjang 10 tahun ini memutuskan untuk terus menetap lebih daripada setahun.

Mengenai program itu pula beliau berkata ia termasuk dalam kempen ‘Discover Malaysia by Sea’ anjuran Sail Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia, Lembaga Pelanconga­n Sabah, TamanTaman Sabah, dan Rumah Anak Yatim dan Asnf As Sakinah Papar.

Katanya ia adalah satusatuny­a kempen yang dapat memberi peluang kepada pelancong mengenali lima pulau Taman Tunku Abdul Rahman di samping membawa anak-anak yatim mencipta pengalaman menaiki kapal mewah.

“Selain itu kita mahu memperkena­lkan pakej pelanconga­n marin kepada masyarakat luar yang mana masih belum dapat dipromosik­an secara meluas ke seluruh dunia,” katanya.

Seramai 20 anak yatim dan 10 kakitangan Ray As Sakinah menyertai program berkenaan yang julung kali diadakan. Hadir sama ialah Pengerusi Ray As Sakinah Samin Ongki serta Pemilik Kapal Layar Restless M Errol dan Claire White.

 ??  ?? ZAINAL (duduk dua,kanan) bersama tetamu lain dan anak-anak RAY As Sakinah merakam gambar kenangan bersama pemilik kapal Restless M dari Australia ketika menaiki kapal berkenaan ke Pulau Manukan.
ZAINAL (duduk dua,kanan) bersama tetamu lain dan anak-anak RAY As Sakinah merakam gambar kenangan bersama pemilik kapal Restless M dari Australia ketika menaiki kapal berkenaan ke Pulau Manukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia