Utusan Borneo (Sabah)

Pembonceng maut, penunggang koma disyaki lawan arus

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pembonceng maut, penunggang koma, selepas sebuah motosikal dan pacuan empat roda bertembung di simpang Bulatan Jalan Damai, di sini, kira-kira jam 4.18 pagi, Ahad, disyaki akibat jentera dua roda itu melawan arus.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kemalangan itu dipercayai berlaku akibat penunggang motosikal melawan arus sebelum bertembung dengan kenderaan lain.

“Pembonceng motosikal berusia 20 tahun, lelaki, mempunyai Sijil Lahir, dan tidak memakai topi keledar semasa kejadian, meninggal dunia semasa dihantar ke hospital.

“Penungang motosikal pula, berusia 24 tahun, lelaki, pemegang IMM13 dan tidak memiliki lesen memandu (cedera parah serta masih belum sedarkan diri),” katanya.

Fadil berkata pemandu pacuan empat roda, lelaki, 66, dan penumpang belakang, perempuan, 21, tidak mengalamis­ebarangkec­ederaan dalam insiden terbabit.

Menurutnya siasatan awal di tempat kejadian menunjukka­n kenderaan pacuan empat roda berkenaan menuju ke Masjid Al-Kauthar, di pusat bandar, dari arah Kg Titingan.

“Semasa menghampir­i simpang bulatan, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba muncul dan dipercayai ditunggang melawan arus,” katanya.

Akibat kemalangan itu, pembonceng tercampak ke atas jalan raya, manakala penunggang dan motosikaln­ya terseret ke hadapan pacuan empat roda terbabit.

Beliau berkata motosikal dan pacuan empat roda itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan, sementara pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala.

“Penunggang motosikal yang cedera parah sehingga kini masih lagi menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian berlaku.

Setakat ini, belum ada saksi kejadian yang tampil ke IPD Tawau, namun siasatan masih diteruskan malah sampel darah penunggang dan pemandu diambil untuk ujian kimia.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan dikendalik­an oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Riduan Abdullah @ Mustaffa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia