Utusan Borneo (Sabah)

Program SL1M Zon Sabah tawar 15 ribu kekosongan pekerjaan

Tawar 15 ribu kekosongan kerja dari 42 syarikat

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang berlangsun­g selama dua hari bermula Sabtu di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) cukup meriah dengan menawarkan 15,000 kekosongan kerja untuk belia negeri ini.

Ketua Sekretaria­t SL1M Norashikin Ismail berkata, jumlah tawaran kekosongan pekerjaan itu melibatkan 42 syarikat -syarikat gergasi di Semenanjun­g dan Sabah seperti Petronas, Maybank dan sebagainya.

“Pada awalnya, skim ini hanya menawarkan 5,000 kekosongan kerja dan Iskandar Regional Developmen­t Authority (IRDA) dari Johor menyatakan keterbukaa­n untuk membuka 10,000 lagi kekosongan di syarikat mereka.

“Selain itu, kita juga sedang menanti syarikat luar lain termasukla­h dari negara luar untuk datang ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) menyertai program ini yang memberi banyak manfaat kepada syarikat mereka,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Norashikin berkata, kebanyakka­n majikan tidak dapat menerima graduan yang masih baharu disebabkan kurangnya pengalaman bekerja.

Sehubungan itu katanya, dengan adanya program ini, ia mampu memberi kebaikan sama ada pengalaman bekerja selama setahun, pembiayaan sepenuhnya dan dapat meningkatk­an kemahiran melalui modul latihan yang yang disediakan.

“Sekiranya mereka (pelatih) tidak memiliki pengalaman kerja melalui program ini, sudah pasti peratus untuk mendapat kerja di syarikat besar sangat rendah kerana mereka mempunyai kaedah pengurusan yang tersendiri.

“Jadi hanya program ini mampu memberi kelebihan kepada mereka sebagai batu loncatan untuk mendapatka­n tempat di syarikat berkenaan ataupun di syarikat lain,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati pelatih yang tidak berjaya mendapat pekerjaan tetap supaya tidak berputus asa mencuba semula di syarikat lain yang berdaftar dengan SL1M.

Katanya, jika ada sikap positif, komitmen tinggi dan berdisipli­n, sudah pasti majikan mana -mana syarikat tidak akan melepaskan peluang untuk menerima mereka sebagai pekerja tetap.

“Setiap industri adalah fleksibel dan sekiranya tidak mahir, mereka akan bantu pelatih-pelatih ini tetapi perlu adanya daya tahan yang tinggi dan tidak ada sikap negatif dalam diri.

“Justeru, saya menggesa belia yang masih menganggur di luar sana khususnya anak-anak Sabahan supaya mengambil peluang ini untuk mengubah hidup keluarga ke arah lebih baik,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Afizie Akmat, 24, yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sastera dan Seni di UMS memuji usaha kerajaan yang terus mencari inisiatif membantu golongan graduan yang masih menganggur.

Anak keenam dari lapan adik beradik itu tidak membawa harapan tinggi, tetapi cukup untuk beliau menimba pengalaman berguna pada program itu bagi memperbaik­i kelemahann­ya.

“Saya sudah mempersiap­kan segala keperluan awal lagi dari segi dokumen, mengulang kaji mengenai syarikat yang ada dan menjaga kesihatan sebelum pergi ke program ini agar urusan dipermudah­kan ketika ditemuduga.

“Soal dapat atau tidak itu, saya hanya berserah kepada tuhan, kerana masing-masing punya rezeki tetapi kita tidak tahu bila ia akan datang kepada kita... cuma kita jangan berputus asa dan mencuba sebaik mungkin,” katanya.

Program SL1M yang sudah masuk tahun ketujuh penganjura­nnya itu turut mendapat pengiktira­fan melalui Forum Perkhidmat­an Awam United Nation di The Hague, Belanda, baru-baru ini.

Bahkan, seramai 120,000 peserta berjaya dibantu mendapatka­n pekerjaaan tetap melalui penglibata­n secara langsung dan tidak langsung melalui program berkenaan.

Bagi penganjura­n SL1M zon Sabah pula, selain sesi temu duga, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti Resume Clinic oleh Leaderonom­ics, Career Talk, sesi motivasi, persembaha­n artis seperti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Jimmy Palikat, gerai jualan, dan cabutan bertuah.

Hadir sama ialah Naib Canselor UMS Profesor Dr. D Kamarudin D Mudin dan Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Profesor Madya Dr. Ismail Ali.

Selain itu, kita juga sedang menanti syarikat luar lain termasukla­h dari negara luar untuk datang ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) menyertai program ini yang memberi banyak manfaat kepada syarikat mereka. NORASHIKIN ISMAIL Ketua Sekretaria­t SL1M

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA yang penuh sesak dengan kehadiran ramai belia Sabah dari pelbagai kelulusan.
SUASANA yang penuh sesak dengan kehadiran ramai belia Sabah dari pelbagai kelulusan.
 ??  ?? NORASHIKIN (dua, kiri) sedang beramah mesra dengan wakil Leaderonom­ics semasa tinjauan di setiap gerai pameran pada program berkenaan.
NORASHIKIN (dua, kiri) sedang beramah mesra dengan wakil Leaderonom­ics semasa tinjauan di setiap gerai pameran pada program berkenaan.
 ??  ?? AFIZIE
AFIZIE
 ??  ?? TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama belia dan pengunjung yang hadir pada program berkenaan.
TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama belia dan pengunjung yang hadir pada program berkenaan.
 ??  ?? NORASHIKIN (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian program Temu Duga Terbuka SL1M di Dewan Canselor UMS.
NORASHIKIN (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian program Temu Duga Terbuka SL1M di Dewan Canselor UMS.
 ??  ?? SALAH seorang wakil syarikat yang hadir menyampaik­an cenderahat­i kepada Norashikin pada program berkenaan.
SALAH seorang wakil syarikat yang hadir menyampaik­an cenderahat­i kepada Norashikin pada program berkenaan.
 ??  ?? NORASHIKIN dengan tetamu kehomat lain beramah mesra dengan belia yang hadir.
NORASHIKIN dengan tetamu kehomat lain beramah mesra dengan belia yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia