Utusan Borneo (Sabah)

PPM kesan suspek cuba seludup tong LPG

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Taktik seorang suspek penyeludup tong gas petroleum cecair (LPG) menutup muatannya dengan kanvas berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Perahu yang dijuragani suspek dikesan pada Sabtu, kira-kira jam 8.30 malam, di kawasan Laut Ice Box, di sini, semasa sepasukan PPM Tawau menjalanka­n tugas Op Landai.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata suspek, lelaki, 37, disyaki cuba menyeludup keluar 25 tong LPG bernilai RM5, 000 ke negara jiran.

“Pasukankit­aterseremp­ak dengan perahu suspek yang disyaki sedang menuju ke arah Sg Bergusong, Pulau Sebatik,” katanya, menerusi kenyataan medianya di sini, Ahad.

Mohd Nazri berkata hasil pemeriksaa­n yang dijalankan di perahu itu mendapati barangan kawalan terbabit ditutup dengan kanvas dan membawa kepada penangkapa­n suspek.

Mengulas lanjut, beliau berkata juragan perahu berkenaan juga gagal menunjukka­n sebarang dokumenper­jalananyan­gsah untuk membawa barangan terkawal terbabit.

“Secara tidak langsung, kita menahan suspek kerana disyaki lelaki itu memiliki barang kawalan tanpa kebenaran kerana tidak mempunyai lesen yang sah untuk membawanya.

“Selain tong LPG, kita turut merampas perahu kayu dan enjin sangkut berkapasit­i 50 kuasa kuda yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai kirakira RM23, 000,” katanya.

Berikutan itu, juragan dan kesemua barangan rampasan terbabit dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

 ??  ?? SUSPEK penyeludup dan barangan kawalan yang disyaki hendak diseludup keluar ke negara jiran, dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
SUSPEK penyeludup dan barangan kawalan yang disyaki hendak diseludup keluar ke negara jiran, dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia