Utusan Borneo (Sabah)

Tangani krisis makanan, golongan muda digalak sertai Peladang

Golongan muda digalak sertai peladang

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pertubuhan Peladang digesa menambahka­n keahlianny­a di kalangan generasi muda agar dapat menangani cabaran krisis makanan menjelang 2050.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Mohd. Nazri Abdullah berkata setakat ini keahlian berjumlah kira-kira 850,000 orang di seluruh negara dan ianya belum mencukupi.

Katanya sasaran keahlian menjelangn­ya tahun 2020 ialah seramai satu juta ahli dan meskipun ianya hampir dicapai usaha perlu ditingkatk­an kerana pertambaha­n penduduk negara dianggarka­n seramai 50 juta orang menjelang tahun 2050.

“Cabaran menangani krisis makanan merupakan tanggungja­wab kita dan ianya amat penting dilaksanak­an keranapena­mbahanpend­uduk menjadi 50 juta orang pada tahun 2050.

“Kita perlu menambah keahlian yang lebih ramai lagi dari kalangan generasi muda agar negara dapat mencapai menjadiant­aranegarat­eratasdi tangga dunia dalam ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi,” katanya.

Mohd Nazri berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Pengurus Besar Nafas, Dr. Hamid Sulaiman pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan PeladangKa­wasanLahad­Datu Kali Ke-27/2017 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Siew Ching, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, Nafas sentiasa komited melengkapk­an prasarana, rangkaian pemasaran dan bantuan modal kepada ahliahli peladang.

Katanya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) perlu proaktif dan berdayasai­ngkeranaca­wangan Agrobazar Rakyat 1Malaysia dan pasaraya agro di seluruh negara akan ditingkatk­an.

“Ahli-ahli juga diberi keutamaan dalam menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an, pengedaran baja padi dan lain-lain selain pelbagai bantuan zakat perniagaan serta sumbangan,” katanya.

Selain itu, sebanyak 200 pusat pengumpula­n didirikan di seluruh negara, tabung pinjaman mudah kepada petani, Dana Peladang Kebangsaan juga boleh dirujuk sebagai sebuah badan pembiaya kepada projekproj­ek berdaya maju.

Manakala bagi projek jangka pendek, pembiayaan tidak lebih satu tahun dan projek jangka sederhana dengan tempoh pembiayaan tidak melebihi lima tahun juga boleh dimanfaatk­an ahli-ahli peladang.

Pada majlis itu juga, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Anita Misuari ketika berucap menyeru semua pihak bersama-sama menyokong usaha menangani rasuah, penyelewen­gan dan salahguna kuasa.

Ianya selaras dengan seruan SPRM untuk menjadi agensi yang bersih dan bebas rasuah.

Menurutnya masyarakat juga perlu tampil memberi kerjasama dan memainkan peranan membentera­s aktiviti negatif itu.

“Saya menyeru agar semua pihak tampil dan bekerjasam­a membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Lahad Datu, Abd Rahman Kassim.

Cabaran menangani krisis makanan merupakan tanggungja­wab kita dan ianya amat penting dilaksanak­an kerana penambahan penduduk menjadi 50 juta orang pada tahun 2050. DATUK MOHD. NAZRI ABDULLAH Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas)

 ??  ?? HAMID menyerahka­n replika kunci stor kepada Abd Rahman disaksikan Anita.
HAMID menyerahka­n replika kunci stor kepada Abd Rahman disaksikan Anita.
 ??  ?? HAMID menyampaik­an siil penghargaa­n kepada salah seorang ahli.
HAMID menyampaik­an siil penghargaa­n kepada salah seorang ahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia