Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited tingkat mutu pendidikan

Kualiti pendidikan masa lalu dan masa kini jauh berbeza

-

Hasil daripada perjuangan kerajaan dalam meningkatk­an mutu pendidikan, kecemerlan­gan itu perlahan-lahan menyerlah ke seluruh dunia. Sebagai contoh, Mohd Sirhajwan Idek tersenarai dalam 50 Guru Terbaik Dunia melalui Anugerah Guru Global di Dubai. DATUK HJ MUSBAH JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah

KOTA BELUD:Kualiti dan taraf pendidikan pada masa lalu dan masa kini mempunyai perbezaan yang ketara, terutama daripada segi prasarana dan infrastruk­tur, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Hj Musbah Jamli.

Katanya kerajaan begitu komited dalam memperting­katkan mutu pendidikan negara sehingga pelbagai intitusi pendidikan diwujudkan semata-mata untuk menampung minat dan cita-cita generasi muda di daerah ini yang mempunyai pelbagai kecenderun­gan.

“Hasil daripada perjuangan kerajaan dalam meningkatk­an mutu pendidikan, kecemerlan­gan itu perlahanla­han menyerlah ke seluruh dunia. Sebagai contoh, Mohd Sirhajwan Idek tersenarai dalam 50 Guru Terbaik Dunia melalui Anugerah Guru Global di Dubai.

“Demikian juga dengan Matinin Sungkin dan rakan-rakannya dari Tobisa yang meraih pingat emas dalam pertanding­an Piala Dunia Tarian di Jerman.

“Mereka semua adalah anak jati daerah ini, dan mereka ‘menjadi’ atas berkat dorongan dan sokongan kerajaan dalam bidang pendidikan,” jelasnya.

Musbah berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong Royong 3K Peringkat Sekolah dan menyenggar­a lantai dua buah kelas SK Rosok bersama PIBG dan para penduduk setempat.

Yang turut hadir dalam program tersebut ialah Guru Besar SK Rosok Hj Mohd Taufik Abdullah dan YDP PIBG Sk Rosok Sigam Anggor.

Menurutnya kesungguha­n PIBG sekolah itu dalam memainkan peranan penting bagi melaksanak­an program berkenaan dilihat mampu mewujudkan suasana pembelajar­an yang kondusif bagi para pelajar di situ pada masa hadapan.

“Usaha PIBG SK Rosok dalam menangani perkara ini sangatlah dihargai. Demi kecemerlan­gan, mereka sedaya upaya melaksanak­an program ini meskipun kekurangan dana. Dari sini saya melihat kesungguha­n ibubapa dalam memandu arah destinasi anakanak mereka ke arah kejayaan,” katanya.

Dalam program itu juga, Musbah menyumbang­kan RM3,000 untuk tabung PIBG sekolah berkenaan.

 ??  ?? MUSBAH (tengah) bersama kakitangan SK Rosok dan wakil PIBG.
MUSBAH (tengah) bersama kakitangan SK Rosok dan wakil PIBG.
 ??  ?? MUSBAH (tengah) mengambil bahagian membancuh simen semasa gotog royong. Turut kelihatan dalam gambar ialah Guru Besar SK Rosok, Mohd Taufik Abdullah (dua dari kiri).
MUSBAH (tengah) mengambil bahagian membancuh simen semasa gotog royong. Turut kelihatan dalam gambar ialah Guru Besar SK Rosok, Mohd Taufik Abdullah (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia