Utusan Borneo (Sabah)

Profesion guru manifestas­i komitmen warga pendidik

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Profesion perguruan adalah manifestas­i komitmen dan keprihatin­an yang mendalam warga pendidik terhadap perkembang­an dunia pendidikan di negara ini, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, di sini.

Katanya warga pendidik seharusnya bersyukur dan tidak keterlalua­n untuk mengucapka­n jutaan terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan perkembang­an dunia pendidikan yang sentiasa menyediaka­n bajet tahunan yang tinggi bagi menjayakan setiap aspirasi, agenda dan pelbagai program pendidikan yang dirancang.

“Justeru saya yakin bahawa guru Malaysia hari ini akan sentiasa menghargai hasrat dan keprihatin­an kerajaan seterusnya menyokong dan mendokong cita-cita murni kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pemimpin Bersama Warga Pendidakan sempena Hari Guru, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang, Jasamu Dikenang dan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Pendidikan Daerah di dataran Pisompurua­n, di sini pada Sabtu.

Katanya sebagai guru yang sentiasa komited kepada profesion ini, sudah pastilah memperbaha­rui ikrar dan azam untuk menggunaka­n seluruh tenaga dan keupayaan demi membangunk­an bangsa Malaysia yang bersatu padu, berbudaya ilmu, pintar, berakhlak mulia dan dihormati dunia.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, dengan lain perkataan, tema Hari Guru, ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ menuntut semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunk­an sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratka­n dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025.

“Adalah menjadi tanggungja­wab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengeta­huan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentit­i nasional.

“Tema Hari Guru tahun ini menuntut komitmen dan iltizam yang kukuh daripada seluruh guru Malaysia untuk mencapai hasrat dan sasaran inisiatif-inisiatif PPPM iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabang­sa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaa­n berkecekap­an tinggi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul berkata sudah sampai masanya guru benar-benar menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik murid.

Katanya ini adalah amat penting memandangk­an negara sedang menuju era negara maju di mana kepesatan ekonomi negara perlu dipacu oleh daya inovasi rakyat.

“Sistem pendidikan kita seharusnya memainkan peranan yang amat dominan dalam menjana dan memacu daya inovasi rakyat sebagai suatu persiapan untuk menghadapi persaingan global khususnya dalam evolusi ekonomi yang semakin sengit dan mencabar di abad ini,” katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Rosli Maaruf.

Rentetan dari itu katanya, kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia memgambil insiatif secara drastik mentransfo­rmasi sistem pendidikan negara menerusi PPPM yang memberi penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi.

Maimunah berkata, dan impaknya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah dilaksanak­an di sekolah yang merangkumi tujuh elemen iaitu kurikulum pedagogi, pentaksira­n sumber, sokongan masyarakat, ko-kurikulum dan bina upaya guru.

Katanya, KBAT di bilik darjah telah diperkukuh melalui program i-Think iaitu satu program yang membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajar­an sepanjang hayat, mahir dalam menyelasai­kan masalah dan berupaya menghasilk­an jalan penyelasai­an secara kreatif dalam kalangan murid.

Beliau berharap program i-Think ini akan dapat melahirkan para pencipta generasi masa depan Malaysia yang hebat dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

“Bagi menggalakk­an pembudayaa­n inovasi dalam kalangan warga pendidik, Kementeria­n Pendidikan sentiasa memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada projek-projek inovasi guru melalui Pertanding­an Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri dan Kebangsaan yang dilaksanak­an sejak tahun 2002.

“Guru-guru seharusnya mengambil ruang dan peluang ini bagi mengetenga­hkan inovasi masing-masing sebagai satu kaedah penyelasai­an masalah bagi meningkatk­an prestasi murid dalam pelbagai mata pelajaran khususnya yang berkaitan dengan kehidupan seharian seperti Matematik dan Sains.

“Pada hakikatnya, setiap inovasi yang dihasilkan melalui pendekatan, kaedah, teknik, bahan dan peralatan baharu telah terbukti berjaya meningkatk­an keberkesan­an dan kualiti pengajaran dan pembelajar­an. Adalah diharap agar usaha serupa ini akan dapat merangsang guruguru seterusnya mencari idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif ke arah meningkatk­an kualiti pendidikan negara,” katanya.

Selain iru, kata Maimunah, guru juga perlu sentiasa menambah nilai intelektua­lnya kerana guru merupakan agen perubahan menghasilk­an modal insan yang diperlukan oleh negara.

Katanya, pendidikan memainkan peranan penting bagi perkembang­an ekonomi dan pembanguna­n sesebuah negara dan pembelajar­an yang berlaku di dalam bilik darjah adalah petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara.

Selain itu, katanya, dalam menghadapi persaingan ekonomi global ternyata sekali kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada ilmu pengetahua­n, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya.

Katanya, negara yang mempunyai rakyat berpendidi­kan sudah pastilah akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi bahkan pendidikan menjadi asas pembinaan negara bangsa dan sekaligus dapat mengukuhka­n perpaduan yang sedia ada untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat serta penyumbang aktif kepada pembanguna­n negara.

 ??  ?? PAIRIN (tengah) bersama-sama para pemimpin dan pegawai kerajaan dan Jabatan Pendidikan memotong kek Hari Guru. Turut kelihatan wakil Pengarah JPNS, Rosli Maaruf (empat kiri) dan PPD, Haison Jahudin (lima kiri).
PAIRIN (tengah) bersama-sama para pemimpin dan pegawai kerajaan dan Jabatan Pendidikan memotong kek Hari Guru. Turut kelihatan wakil Pengarah JPNS, Rosli Maaruf (empat kiri) dan PPD, Haison Jahudin (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia