Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat corak dan gaya P&P di bilik darjah

-

KOTA BELUD: Para pendidik diseru untuk memperting­katkan corak dan gaya pengajaran dan pembelajar­an di dalam bilik darjah seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul berkata guru-guru sewajarnya memanfaatk­an segala wahana yang ada seperti capaian internet dan ICT dalam tugas menyampaik­an ilmu.

“Guru-guru perlu kreatif dalam melaksanak­an tugas terutama dalam pengajaran dan pembelajar­an.

“Inovasi dan penemuan baharu dalam pedagogi pengajaran berkesan amat digalakkan dan perlu diiktiraf,” katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam dan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Masyarakat Tun Said dekat sini.

Maimunah menggesa guruguru yang sedang bertugas di kawasan pedalaman Sabah agar bersabar dan terus berkhidmat dengan penuh komitmen kerana banyak pengalaman yang seharusnya boleh diterokai semasa berada di sekolah.

“Saya berharap agar guruguru yang melaksanak­an tugas di sekolah-sekolah pedalaman agar terus mengkaji dan meneroka kaedah yang berkesan untuk mencemerla­ngkan sekolah kerana ilmu yang telah diperolehi semasa berkursus amat penting untuk dimanfaatk­an,” katanya.

“Saya juga kagum dengan guru-guru yang menawarkan diri bertugas di kawasan pedalaman dapat berkongsi pengalaman dan idea-idea baru demi memperting­katkan mutu pengajaran dan pembelajar­an di dalam bilik darjah,” tegasnya.

Dalam majlis itu, Maimunah menyampaik­an anugerah Tokoh Guru Peringkat Daerah Kota Belud kepada Datin Zaharah Chong Abdullah.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Abdul Bahkrin Mohd Yusof, pengetua-pengetua dan guru besar sekolah serta 600 orang pendidik.

 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) menyampaik­an anugerah Tokoh Guru Peringkat Daerah Kota Belud kepada Zaharah sambil disaksikan oleh Bahkrin (kiri).
MAIMUNAH (tengah) menyampaik­an anugerah Tokoh Guru Peringkat Daerah Kota Belud kepada Zaharah sambil disaksikan oleh Bahkrin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia