Utusan Borneo (Sabah)

Sokong dasar diperkenal kerajaan

Dalam usaha bergerak ke hadapan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata dalam usaha bergerak ke hadapan rakyat diminta menyokong dasar-dasar yang diperkenal­kan oleh kerajaan.

Katanya kerajaan sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan sebagai rakyat sokongan padu amat diperlukan.

“Sentimen-sentimen yang membenci kerajaan khususnya tuduhan-tuduhan yang tidak berasas perlu ditolak kerana banyak dari tuduhan itu lebih kepada luahan perasan ketidakpua­san hati malah didorong oleh sifat prejudis yang keterlalua­n,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Kaamatan Raya Perpaduan peringkat KRT daerah ini, di sini pada Jumaat.

Katanya perkara ini tidak membantu pembanguna­n kerana segala tuduhan bersifat peribadi atau kumpulan yang ingin menjatuhka­n kerajaan.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata rakyat harus lebih matang untuk menilai semua isu-isu ini dan menelitiny­a dengan bijaksana dan bukan kerana diapi-apikan oleh perasan.

“Kita jangan lupa bahawa kestabilan politik, kemakmuran sosial dan pertumbuha­n ekonomi yang kita nikmati pada hari ini adalah usaha kerajaan.

“Usaha ini perlu terus disokong untuk kesinambun­gan pembanguna­n yang mapan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau yakin bahawa kerjasama dan penglibata­n masyarakat dalam menjayakan program-program perpaduan merupakan satu petanda bahawa kesedaran terhadap perpaduan masih tebal di kalangan masyarakat negeri ini.

Justeru itu kata Ahli Parlimen Keningau itu tiada alasan untuk rakyat terus menyokong usaha berterusan kerajaan dalam mengukuhka­n perpaduan, memelihara dan memartabat­kan lagi kebudayaan adat dan tradisi penduduk tempatan di negeri ini.

Menurut beliau perpaduan bukanlah pekerjaaan sehari dua tetapi ia adalah usaha berterusan dan perlu diserapkan di kalangan masyarakat sejak usia muda.

“Dengan kesedaran tersebut, masyarakat haruslah bersatu hati supaya perpaduan yang telah dibina dan diusahakan sekian lama tidak hancur dan sia-sia.

“Bagi memastikan mereka benar-benar memahami akan pentingnya perpaduan, beberapa usaha perlu diteruskan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional khususnya perlu melipatgan­dakan usaha supaya perpaduan nasional dapat diperkasak­an,” katanya.

Pairin berkata, perpaduan di negeri ini khususnya di daerah ini sering diwar-warkan adalah masih baik dan andaian itu banyak disokong dengan bukti yayng mengatakan bahawa tiada isu kaum dan agama yang ketara di negeri ini.

Katanya, umum mengetahui bahawa negeri ini orang Islam dengan bukan Islam dan masyarakat Tionghua boleh duduk makan semeja di sebuah restoran dan perpaduan di Sabah dapat dilihat melalui perkahwina­n campur antara suku yang begitu ketara sekali dan banyak lagi contoh yang boleh dilihat.

“Namun begitu, bagi kita sendiri adakah kenyataan itu mencukupi ketika kita dilambung dengan pujian tersebut, tanpa kita sedari di sekeliling kita sendiri sudah tipis dengan perpaduan terutamany­a amalan gotong royong, semangat kunjung mengunjung­i dan bagaimana pula dengan kepedulian terhadap jiranjiran tetangga?

“Jelas sekali amalan-amalan mulia ini semakin kurang dapat dilihat dan di sinilah peranan kita sebagai masyarakat yang cintakan perpaduan harus terus berusaha agar perpaduan ini bukan sekadar cerita mulut, cakap-cakap kosong tetapi perlu dilihat melalui tindakan kita sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tambunan berkata pada tahun ini genap 12 tahun penubuhan KRT di daerah ini dan dalam tempoh tersebut sudah cukup untuk menilai kembali keberkesan­an KRT sebagai peneraju perpaduan.

Sebagai teraju utama KRT, mereka perlu merasa bangga dengan usaha kejayaan yang diakui oleh masyarakat selama ini namun jika masih melihat terlalu banyak isu perpaduan khususnya di daerah ini adalah wajar untuk mereka melihat semula di mana kesilapan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan beri perhatian.

Sebagai pemimpin masyarakat di daerah ini, beliau sentiasa ingin melihat usaha KRT berjaya kerana tanggungja­wab ini sungguh mulia dan selaku pemimpin KRT perlu berusaha bersungguh­sungguh supaya semangat perpaduan sentiasa diperkasak­an.

Mengenai majlis itu, Pairin menyifatka­nnya sebagai satu usaha menyambut rasa kesyukuran semasa merayakan Pesta Kaamatan dan bagi yang beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana atas kejayaan berpuasa dengan tekun menahan lapar dan dahaga serta melawan keinginan selama sebulan.

Kataya, rakyat di negara ini begitu beruntung kerana dapat merayakan pelbagai perayaan budaya dan agama tanpa halangan dan tanpa mengira bangsa, budaya dan agama.

Pairin meminta agar rakyat terus mempertaha­nkan semangat muhibbah ini untuk kekal diwarisi oleh generasi akan datang.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Daniel Kinsik, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah, Puan Delin Liet Blaun, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur, Welfredoli­ne Jakil, Timbalan Presiden SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, Pegawai Daerah, Thomas Logijin, Ketua Daerah, OKK Philip Datuk Kitingan dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan, Silverius Bruno.

Sentimen-sentimen yang membenci kerajaan khususnya tuduhan-tuduhan yang tidak berasas perlu ditolak kerana banyak dari tuduhan itu lebih kepada luahan perasan ketidakpua­san hati malah

keterlalua­n.” didorong oleh sifat prejudis yang TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PAIRIN memalu gong sebagai tanda perasmian majlis itu. Turut kelihatan Daniel (kiri), Delin (empat kanan), Welfredoli­ne (lima kanan), Lawrence (empat kiri), Thomas (dua kanan), Philip (kanan) dan Silverius (tiga kanan).
PAIRIN memalu gong sebagai tanda perasmian majlis itu. Turut kelihatan Daniel (kiri), Delin (empat kanan), Welfredoli­ne (lima kanan), Lawrence (empat kiri), Thomas (dua kanan), Philip (kanan) dan Silverius (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia