Utusan Borneo (Sabah)

SLDB Plantation jadi bapa angkat SK Pohon Batu

-

KENINGAU:UmnoBahagi­an Pensiangan bersama Sabah Land Developmen­t (SLDB) Plantation Developmen­t Sdn Bhd melancarka­n program pertama sekolah angkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Batu kira-kira 100 kilometer dari pekan Nabawan.

Program yang bertujuan menyediaka­n landasan untuk perkongsia­n antara pihak sekolah, ibu bapa, pemimpin masyarakat tempatan dan agensi kerajaan untuk menyokong pelajar dan sekolah.

Dalam program ini SLDB Plantation Developmen­t Sdn Bhd menjadi bapa angkat sekolah itu.

Pelancaran program itu disempurna­kan oleh Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, pada Sabtu.

Semasa berucap melancarka­n program tersebut, Ghani menekankan kepentinga­n dan manfaat program berkenaan kepada sekolah dan seluruh masyarakat.

Katanya para pelajar dan sekolah bukan sahaja menerima dana pembiayaan tahunan daripada korporat terlibat, mereka juga akan mendapat pengalaman melalui aktiviti antara sekolah dan rakan kongsi.

Menurut Ghani Program Umno Pensiangan mengambil sekolah angkat bertujuan membantu pelajar sekolah di kawasan luar bandar untuk meningkatk­an prestasi akademik serta menggalakk­an penduduk luar bandar menjadikan akademik sebagai asas pencapaian kemajuan diri.

Program yang juga melibatkan sukarelawa­n dari ahli Umno Pensiangan, turun padang membantu para pelajar dengan pelbagai aktivti bagi memastikan kejayaan dan pelaksanaa­n program yang mampan.

Pada majlis itu Ghani menyampaik­an sumbangan bersama dari Sabah Land Developmen­t (SLDB) Plantation Developmen­t Sdn Bhd dan Umno Bahagian P.182 Pensiangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pohon Batu.

Selain itu Ghani turut menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada lebih 30 murid sekolah itu.

Hadir sama Guru Besar SK Pohon Batu Denis Gaipit, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman yang juga Ahli Lembaga SLDB, wakil SLDB Plantation Developmen­t Sdn Bhd George Teo, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Nabawan Barahim Andipoh dan barisan kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pensiangan. -Oleh DELLROY

 ??  ?? GHANI dan rombongan bergambar kenangan bersama guru-guru dan murid-murid SK Pohon Batu selepas pelancaran sekolah anak angkat.
GHANI dan rombongan bergambar kenangan bersama guru-guru dan murid-murid SK Pohon Batu selepas pelancaran sekolah anak angkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia