Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno Sabah sokong Najib dan Musa

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pergerakan Pemuda Umno Sabah menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno sekaligus mengemudi kepimpinan kerajaan di negara ini.

Pada masa sama, Pemuda Umno ini juga menyokong penuh kepada Datuk Seri Mua Haji Aman sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri dan Ketua Menteri Sabah.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, bagi tujuan itu, pihaknya juga mengambil pendirian akan meminggirk­an isu-isu politik berhubung perebutan kuasa dalam parti untuk menjadi pemimpin.

Menurutnya ketika ini ahli pemuda Umno perlu meneruskan usaha sekligus melaksanak­an tanggungja­wab memastikan Umno sentiasa relevan khususnya menjelang piliharaya akan datang.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi di sebuah hotel terkemuka di sini, Ahad.

Hadir sama, Ketua Bahagian Umno Batu Sapi yang juga Adun Sekong Datuk Samsuddin Yahya, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatang­an Aksyah Haji Nasrah, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sandakan Fakaruddin Tan Sri Ampong, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sipitang Ahmad Firdaus Anifah dan barisan kepimpinan pemuda Umno bahagian berkenaan.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom turut menyokong usul dibangkitk­an pada mesyuarat itu yang mahu 50 peratus calon daripada Umno Sabah diberi kepada muka baharu pada pilihanray­a akan datang.

Katanya kepimpinan pusat perlu menitikber­atkan usul berkenaan berikutan ia sejajar dengan penjenamaa­n parti yang mahukan muka baru calon perlu diketengah­kan terutamany­a daripada dua sayap Umno iaitu Pemuda dan Puteri.

Beliau menjelaska­n di peringkat kepimpinan Pemuda Umno Malaysia, kita sudah membuat usul pada tahun 2016 yang lalu bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada muka baharu yang ingin diketengah­kan adalah daripada pergerakan pemuda ataupun puteri takni yang berusia 40-tahun ke bawah sama ada lelaki ataupun wanita muda.

“Jadi inilah hasrat kita namun kita menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang juga Pengerusi Pemuda BN negeri, Hafiz Yamani untuk membawa calon-calon yang berpotensi boleh menang bagi diserahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Jamawi menaruh keyakinan penuh sekiranya calon-calon muka baharu ini akan dapat sokongan penuh dari rakyat berdasarka­n pelbagai faktor serta mempunyai kepimpinan yang diterima oleh generasi muda.

 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an sumbangan Pemuda Umno Batu Sapi kepada 22 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n sambil diperhatik­an oleh Firdaus dan para pemimpin pemuda.
JAMAWI menyampaik­an sumbangan Pemuda Umno Batu Sapi kepada 22 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n sambil diperhatik­an oleh Firdaus dan para pemimpin pemuda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia