Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 keluarga dapat manfaat hasil pembanguna­n 14,780 ekar tanah

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Lebih 3,000 keluarga dari 13 buah kampung membabitka­n kawasan Lumiri, Pohon Batu dan sekitarnya akan mendapat manfaat dengan pembanguna­n tanah seluas 14,780 ekar untuk ladang kelapa sawit.

Ketua Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yasin berkata, projek ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri pada tahun 2015 dan dibangunka­n oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

“Pembanguna­n kawasan yang kini dibangunka­n oleh SLDB Plantation Developmen­t Sdn Bhd sudah tentu memberi manfaat dan sekali gus mengeluark­an keluarga yang terbabit dari garis kemiskinan,” katanya pada Sabtu.

Menurut Ghani, Ketua Menteri Datuk Seri Musa dan Menteri Kabinetnya dalam Barisan Nasional (BN) memandang jauh program tersebut yang dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat apabila meluluskan kawasan seluas itu kepada penduduk Nabawan.

Jelasnya kerajaan prihatin dan berusaha untuk meningkat pendapatan dan menaiktara­f hidup penduduk dengan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaik­i kehidupan dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan seterusnya akan meningkatk­an kehidupan mereka dalam jangka panjang.

Katanya setakat ini kira-kira 1,500 ekar telah dibangunka­n dan projek itu dijangka sepenuhnya ditanam dengan kelapa sawit dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu penduduk Nabawan terutamany­a penduduk Lumiri dan Tatalaan menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman kerana meluluskan pembanguna­n kawasan berkenaan.

Ketua Kampung Pohon Batu Lidy Lunggiri berkata penduduk di kampung-kampung terlibat menyambut pembanguna­n ladang sawit di kawasan itu kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk.

Katanya selain meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup penduduk ia sekali gus merancak pembanguna­n infrastruk­tur dan jalinan jalan perhubunga­n di kampungkam­pung terbabit.

 ??  ?? GHANI bergambar bersama AJK Umno Pensiangan dan kakitangan syarikat pengusaha kelapa sawit.
GHANI bergambar bersama AJK Umno Pensiangan dan kakitangan syarikat pengusaha kelapa sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia