Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno Sabah sedia hadapi pilihan raya

-

KOTA KINABALU: Semua sayap pergerakan Puteri Umno bahagian diarah membuat persiapan mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik berkata PRU-14 itu akan lebih mencabar bagi Umno yang menunjangi Barisan Nasional (BN) berbanding pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

“Puteri Umno Sabah khusus di seluruh 25 bahagian mesti ingat tempoh tinggal tidak lama sebelum PRU-14. Kita mesti telahpun bersedia bukan hari ini tetapi dari semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di majlis rumah terbuka Raya beliau di sini, pada Sabtu.

Menurut Normala yang juga Ketua Puteri Umno Kudat, Puteri Umno mesti meneruskan peranannya sebagai pembawa obor perjuangan parti yang setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi.

Beliau juga mahu Puteri Umno kekal jadi pewaris perjuangan parti yang akan menentukan keyakinan rakyat kepada parti itu sebagai tempat bernaung.

“Kita berjuang dalam Umno bukan untuk Umno tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera.

“Apabila kita diangkat menjadi pemimpin di dalam Umno bukan bermakna kita hanya berkhidmat untuk orang Umno tetapi berkhidmat untuk orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Dalam pada itu Normala memberi ingatan supaya jentera Puteri Umno tidak lalai dan leka dengan kejayaan dalam PRU-13 yang lalu kerana kemenangan Umno dan Barisan Nasional adalah kemenangan bersyarat,” jelasnya.

Mengenai JR Plus katanya ia adalah pendekatan yang lebih holistik dan praktikal serta lebih berfokus dan mudah untuk menjejaki pengundi muda.

“Pastinya kepercayaa­n dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti haruslah disambut dan dibuat sehabis baik.

“Pastinya ia mencabar tetapi bak kata pepatah orang Melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

“Gandingan mantap bersama-sama dengan Wanita, Pemuda dan Puteri serta komponen BN dalam JR Plus.

“JR Plus dalam mendekati pengundi kita perlu ramai jentera dalam JR maka inilah ideanya agar kita dapat mendekati pengundi dalam semua peringkat umur.

“Cara terbaik adalah dengan bekerjasam­a dengan Puteri dan Pemuda malah NGO juga akan terlibat bagi mendekati pengundi. Bersama kita gerakkan JR Plus ini untuk kemenangan BN dalam PRU 14 akan datang,” jelasnya.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Puteri Umno turut menyatakan bahawa kewujudan JR Plus ini mampu mengeratka­n ikatan yang lebih baik antara ketigatiga sayap parti.

“Ini adalah satu inisiatif yang amat baik antara semua sayap. Kini masing-masing boleh bekerjasam­a dalam membantu parti. Kewujudan JR Plus ini adalah satu inisiatif yang baik kerana ia mampu memberikan impak yang jauh lebih bagus untuk Umno,” ujarnya.

Pada14Apri­llepas,Perdana MenteriDat­ukSeriNaji­bTun Razak melancarka­n JR Plus yang bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera Umno dan BN menghadapi pilihan raya umum ke-14.

JR Plus bakal menggabung­kan jentera pilihan raya sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno selain melibatkan penyertaan parti komponen BN serta sayap masing-masing.

 ??  ?? NORMALA bergambar bersama ketua-ketua Puteri Umno daripada Kota Belud, Kota Kinabalu dan Silam.
NORMALA bergambar bersama ketua-ketua Puteri Umno daripada Kota Belud, Kota Kinabalu dan Silam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia