Utusan Borneo (Sabah)

Lebih seribu hadiri Hari Terbuka dan Hari Raya SMK Kota Marudu

- Oleh JOHAN AZIZ

KOTA MARUDU: Lebih 1,000 orang telah menghadiri Hari Terbuka SMK Kota Marudu yang diadakan di astaka padang sekolah itu, di sini pada Khamis.

MajlIs itu telah dirasmikan oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu Dato Redonah Bahanda.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah, Jaipin Minsu memberitah­u acara-acara yang diadakan sempena dengan majlis itu ialah Karnival Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Karnival Pendidikan Sivil dan Kewarganeg­araan dan Hari PIBG.

Katanya tujuan Karnival KBAT adalah bagi membudayak­an dalam kalangan warga sekolah, memantapka­n penguasaan KBAT dalam kalangan guru dan pelajar, mendedahka­n KBAT kepada ibubapa dan masyarakat luar, memupuk KBAT dan mampu berdaya saing dan melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kritis dan inovatif.

Jaiping memberitah­u bagi Karnival Pendidikan Sivik dan Kewarganaa­n adalah membentuk generasi sekolah yang berpengeta­huan tentang budaya negara Malaysia, mempunyai kemahiran asas dalam mengendali­kan tugasan mengumpul maklumat dan laporan berbentuk ilmiah.

Selain itu katanya meningkatk­an nilai sivik dan kewarganeg­araan dalam kalangan murid untuk menjadi warganegar­a yang patriotik, prihatin dan bertanggun­gjawab terhadap diri, keluarga, sekolah dan masyarakat serta mengalakka­n penyertaan masyrakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

“Sementera Hari PIBG adalah untuk mengumpul dana untuk Tabung PIBG supaya lebih banyak aktiviti sekolah yang dapat dijalankan yang menguntung­kan murid,menambah kerusi dan meja yang masih kurang untuk kemudahan pelajar di dalam kelas, projek penambahan dan meniktaraf sistem audio untuk majlismajl­is rasmi dan membina gelanggang serbaguna konkrit,” katanya.

Pada masa yang sama katanya pameran kerjaya juga turut diadakan yang bertujuan memberi kemahiran menghadapi dunia pendidikan, memberikan kemahiran mendapat peluang pendidikan selain membantu pelajar untuk mengenali institut pengajian tinggi yang menawarkan kursus bersesuaia­n dengan kelayakan mereka.

Majlis itu turut dihadiri oleh pengetua sekolah Puan Faridah Raimin serta pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru dan pemimpinpe­mimpin masyarakat.

Sementera itu pada Jumaat, sekolah tersebut turut mengadakan Majlis Ramah Ria Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di pondok Ko-Kum dan padang sekolah itu dan dihadiri lebih 1,000 orang.

Sempena dengan majlis itu terdapat lebih 60 gerai dibuka dengan pelbagai hidangan dari setiap kelas yang terdapat di sekolah itu.

 ??  ?? AKDAN (depan) diiringi oleh Faridah melawat ke gerai pameran makanan sekolah itu.
AKDAN (depan) diiringi oleh Faridah melawat ke gerai pameran makanan sekolah itu.
 ??  ?? LEBIH 60 gerai yang disediakan oleh pelajar-pelajar sekolah sempena Majlis Ramah Ria Hari Raya Aidlfitri SMK Kota Marudu.
LEBIH 60 gerai yang disediakan oleh pelajar-pelajar sekolah sempena Majlis Ramah Ria Hari Raya Aidlfitri SMK Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia