Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan baharu PPK Tenom dijangka siap hujung tahun

- Oleh DELLROY

TENOM: Bangunan baharu Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom bernilai RM2.3 juta dijangka siap hujung tahun ini.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata PPK Tenom amat beruntung kerana selepas ini nanti daerah Tenom mempunyai bangunan baharu yang lebih baik, mempunyai kemudahan terbaharu dan dapat memudahkan segala urusan berkaitan pertanian dilaksanak­an di bangunan ini kelak.

“Kita telah memohon daripada pihak kerajaan untuk membina bangunan baharu PPK Tenom disebabkan bangunan lama sudah kelihatan daif, sempit dan tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi mengikut keadaan semasa hari ini.

“Daerah Tenom bukan sahaja terkenal dengan Kopi Tenom tetapi banyak hasil pertanian dari daerah ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti pisang, buah pamelo, betik, buah jambu dan sebagainya.

“Dengan adanya bangunan baharu ini juga diharapkan akan dapat meningkatk­an lagi peranan PPK Tenom khususnya kepada para peladang dan hasil-hasil pertanian dari daerah Tenom.

“Kita amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediaka­n peruntukan untuk pembinaan bangunan baharu PPK Tenom.

“Ini juga adalah hasil usaha semua pihak yang bertungkus­lumusdalam­menjayakan­segala program dan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu para peladang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Penyerahan Zakat Nafas serta peralatan Industri Kecil Sederhana (IKS) Majlis Pembanguna­n Pertanian Parlimen (MPPP) Tenom di perkaranga­n Pejabat Pertubuhan Peladang barubaru ini.

Raime yang juga merangkap Presiden Kehormat Peladang Tenom berkata peranan PPK sangat besar sama seperti syarikat-syarikat besar yang perlu mempunyai pengurusan yang baik dan dipantau oleh ahli jemaah pengarah.

“Kita juga mahu para peladang dan ahli-ahli PPK supaya menggunaka­n segala peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan seperti pinjaman Agrobank dan peruntukan daripada MPPP dalam membantu melaksanak­an aktiviti-aktiviti pertanian dan perniagaan mengikut minat dan keperluan mereka,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 150 orang dari golongan asnaf menerima zakat Nafas dan seramai empat orang menerima peralatan IKS melalui peruntukan MPPP Tenom.

Hadir sama, Pengurus Besar PPK Tenom Abdul Hassan Jumput dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Tenom David Jani.

 ??  ?? RAIME (dua, kiri) menyampaik­an peralatan IKS kepada salah seorang penerima.
RAIME (dua, kiri) menyampaik­an peralatan IKS kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia