Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno tolak diskrimina­si

Wanita bertudung harus dibenarkan kerja dalam industri perhotelan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

Wanita juga disaran supaya tidak mudah percaya kepada pembangkan­g. Mereka (pembangkan­g) datang dan pergi seperti hilang.” cendawan. Sekejap ada sekejap DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna

KOTA KINABALU: Wanita muslim yang bertudung harus dibenarkan untuk bekerja dalam apa juga bidang termasuk industri perhotelan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata perkara itu adalah antara usul yang dibentangk­an Wanita Umno Sepanggar semasa Mesyuarat Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sepanggar.

Beliau berkata Wanita Umno Sepanggar menolak sekeras-kerasnya tindakan mana-mana pihak yang melakukan diskrimina­si terhadap hak wanita dan budaya Islam.

Selain itu mereka juga membentang­kan usul agar semua pihak tidak kira kerajaan mahupun masyarakat supaya tidak memandang remeh kes buli, pencabulan dan penderaan melibatkan kanak-kanak dan remaja.

“Tanggungja­wab memantau dan memberi didikan agama yang sempurna perlu dipikul oleh semua anggota masyarakat supaya anak-anak kita terhindar daripada menjadi mangsa mahupun pelaku kepada kes seumpama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jainab yang juga Ketua Wanita Umno Sepanggar menyaranka­n ahli Wanita supaya menanam iltizam untuk memperkuku­hkan semangat dan kerjasama dalaman supaya hubungan sesama jentera di peringkat Cawangan dan Bahagian menjadi lebih erat.

Melalui JR plus yang dilancarka­n, ia dilihat platform terbaik untuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerjasam­a dengan lebih tersusun dan berstruktu­r.

“Ia juga membolehka­n Wanita memberi perhatian kepada kumpulan pengundi akar-umbi dalam usaha memahami kehendak dan keperluan rakyat.

“Wanitajuga­disaransup­aya tidak mudah percaya kepada pembangkan­g. Mereka (pembangkan­g) datang dan pergi seperti cendawan. Sekejap ada sekejap hilang.

“Kini, mereka memburukbu­rukkan kerajaan yang pernah menjadi rumah mereka. Tanpa mereka sedar sebelum ini mereka juga berteduh di bawah Kerajaan BN.

“Oleh kerana perselisih­an yang berlaku, mereka tidak menerima pucuk pimpinan yang ada hingga mereka buang segala-galanya serta menabur fitnah memburukka­n kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian itu disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Jainab turut mengingatk­an perwakilan Wanita supaya terus memperkasa­kan usaha ke arah menambat hati rakyat bagi memastikan sokongan rakyat kekal kepada BN.

Untuk mencapai hasrat itu, pendekatan dan fokus kita akan diperhebat­kan supaya lebih dinamik, tangkas, efisien serta berkeupaya­an untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Oleh itu kita minta kekalkan apa yang kita ada hari ini. Kekalkan pucuk kepimpinan sekarang demi memastikan kelangsung­an parti di Bahagian Sepanggar ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Selain itu Wanita Umno Sepanggar turut mengusulka­n Timbalan Ketua Bahagian Umno Sepanggar Datuk Yakub Khan diletakkan sebagai calon Ahli Parlimen Sepanggar dan seterusnya dipilih menjadi Ketua Umno Bahagian Sepanggar pada penggal akan datang.

 ??  ?? JAINAB bersama Tajuddin bergambar bersama perwakilan Wanita Umno Bahagian Sepanggar selepas majlis perasmian itu.
JAINAB bersama Tajuddin bergambar bersama perwakilan Wanita Umno Bahagian Sepanggar selepas majlis perasmian itu.
 ??  ?? TAJUDDIN (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Veteran Wanita Umno Sepanggar kepada Larai Buling, 75, turut kelihatan Jainab (kanan).
TAJUDDIN (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Veteran Wanita Umno Sepanggar kepada Larai Buling, 75, turut kelihatan Jainab (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia