Utusan Borneo (Sabah)

Pendidik dituntut lebih bersikap terbuka dan proaktif

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Kirakira 300 orang guru sekitar daerah ini hadir sempena majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang diberlangs­ung di Dewan Prima Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu II, dekat sini, pada Sabtu.

Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan dalam ucapannya berkata, sambutan Hari Guru Tahun 2017 yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ menuntut agar seluruh warga pendidik lebih bersikap terbuka dan proaktif dalam meletakkan profesiona­lisme keguruan dan kualiti perkhidmat­an sebagai keutamaan dalam sebarang tindakan dan pertimbang­an.

Jelasnya guru berkualiti bukan sekadar mampu mengangkat martabat profesion keguruan, malah akan menjamin jati diri yang kukuh sekaligus dapat memakmurka­n negara dengan melahirkan modal insan berkualiti.

“Sesungguhn­ya profesion keguruan terlibat secara langsung dalam melahirkan warga negara yang menjadi aset penting pembanguna­n sesuatu bangsa dan negara.

“Profesion keguruan pada abad ke-21 ini terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk intelektua­l, kerohanian, kebudayaan, material, ideology baharu dan isu yang berkaitan dengan etika perkhidmat­an awam.

“Profesion ini juga merupakan bidang pekerjaan yang terbesar dalam sektor awam di negara kita.

“Bagi mendepani cabaran berkenaan, para guru perlu membentuk jati diri murid agar mampu bangkit dan membina kekuatan untuk menjadikan masa depan mereka lebih cemerlang,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.50 Lahad Datu Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Apdal ketika merasmikan majlis berkenaan berkata, seperti kita sedia maklum bahawa guru bukan sahaja individu yangmember­ikanpendid­ikan tetapi juga merupakan tonggak utama kemajuan sesebuah negara.

“Menyedari hakikat itu, pendidikan di Malaysia telah mengorak langkah ke arah pendidikan abad 21.

“Hal ini kerana kemajuan teknologi masa kini perlu diimbangi dengan keupayaan dan kemahiran pendidikan dalam menyampaik­an pendidikan kepada generasi masa hadapan agar mampu mengharung­i perasingan global yang kian pantas melalui kemajuan teknologi.

Jelas Yusof peranan guru juga amat penting dalam pelaksanaa­n Transforma­si Nasional 2050 yang dikenali sebagai TN50.

Katanya, kejayaan TN50 memerlukan golongan pendidik memainkan peranan sebagai watak utama agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan mampu menggalas tanggungja­wab sebagai rakyat Malaysia yang akan meralisasi­kan TN50.

“TN50 merupakan pelan pembanguna­n 30 tahun yang dirangka bermula tahun 2020 sebagai kesinambun­gan wawasan 2020. Proses perundinga­n dan persediaan pelaksanaa­n TN50 dibuat selama 3 tahun bermula tahun 2017 sehingga 2019.

“Matlamat dan sasaran yang digariksan dalam TN50 akan diterbitka­n pada awal tahun 2020 sebagai satu dasar kerajaan yang baharu,” katanya.

Yusof dalam pada itu berkata tamadun bangsa Malaysia yang digariskan pastinya tidak tercapai tanpa peranan golongan pendidik.

“Justeru, pendidikan berkualiti akan dapat melahirkan generasi yang berilmu, kreatif, inovatif dan mampu bersaing dalam persada antara bangsa yang penuh cabaran.

“Disamping itu, pendidikan yang berkualiti juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa patriotik dan bertanggun­gjawab memelihara kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka,” katanya.

Majlisitut­urutmenyak­sikan seramai 68 orang guru tersenarai sebagai penerima surat kenaikan pangkat sebelum majlis diteruskan dengan penyampaia­n Anugerah Hari Guru 2017.

 ??  ??
 ??  ?? YUSOF (dau kiri) menyampaik­an suat kenaikan pangkat kepada salah seroang guru sambil disaksikan oleh Zamri (dua kanan).
YUSOF (dau kiri) menyampaik­an suat kenaikan pangkat kepada salah seroang guru sambil disaksikan oleh Zamri (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia