Utusan Borneo (Sabah)

Azmi Jumat kekal sebagai Presiden PPUMS

-

KOTA KINABALU: Azmi Jumat kekal sebagai Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesiona­l Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) apabila meraih undian majoriti pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11 PPUMS yang berlangsun­g pada Khamis di UMS.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Timbalan Pendaftar di Fakulti Kejurutera­an UMS itu menyandang jawatan itu dua penggal berturut-turut sejak tahun 2015.

Beliau akan menerajui tampuk kepimpinan PPUMS sehingga 2019 dengan dibantu Penolong Pendaftar Kanan PusatPenat­aranIlmuda­nBahasa (PPIB) Suhaimie Sahabuddin selaku Timbalan Presiden yang telah mencatatka­n kemenangan tanpa bertanding.

Turut meraih kemenangan tanpa bertanding adalah jawatan bendahari yang menjadi milik Akauntan Jabatan Bendahari UMS Al-Hami Zurairi Yahya Mahmood.

Jawatan Setiausaha Agung PPUMS pula menyaksika­n satu persaingan sengit apabila proses pemilihan melibatkan calon satu lawan satu.

Namun tuah lebih memihak kepada Alna Tugon setelah Penolong Pendaftar Kanan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar itu berjaya mengekalka­n jawatan yang disandangn­ya pada penggal lalu dengan meraih jumlah undian terbanyak.

Alna akan dibantu oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat IslamUMSNo­orisahTalj­idyang juga mencatatka­n kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Penolong Setiausaha.

Pemilihan kali ini turut memperliha­tkan seramai 19 ahli bertanding bagi mengisi 10 jawatan exco PPUMS.

Kesemua yang terpilih terdiri daripada gabungan muka baharu dan lama, mereka ialah Awina Kamis, Izham Abu Bakar, Tauffeck Hj Guntok, Arvina Mathew, Abdul Latif Matali, Eldeon John Baptist, MD Sazali MD Salleh, Mohd Hazwan Hasan, Abdul Haidy Abdul Hamid dan Hinmin Chiam Tah Kong.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, semua kakitangan UMS termasuk para pegawai pengurusan dan profesiona­l harus mempunyai kesefahama­n yang tinggi untuk bersama-sama mencapai setiap perancanga­n dan hala tuju universiti.

“Setiap usaha yang dijalankan universiti tidak mampu untuk dicapai tanpa kesepakata­n bersama.

“Saya juga sentiasa dengan terbuka untuk menerima sebarang cadangan atau idea dari persatuan atau manamana kakitangan yang ingin memberikan pandangan terhadap usaha-usaha ke arah kecemerlan­gan universiti,” katanya ketika menyampaik­an amanat kepada semua pegawai yang hadir pada mesyuarat itu.

Sementara itu, Pendaftar UMS,No’manDatukHj­Ahmad ketika menyempurn­akan perasmian penutupan mesyuarat agung menyuaraka­n harapan agar semua pegawai saling bekerjasam­a sesama mereka.

“Kita tidak mahu wujud duri dalam daging dan cubaan untuk melaga-lagakan kakitangan,” kata beliau sambil mengibarat­kannya sebagai sel kanser yang merebak dengan cepat dan mampu menjejaska­n sesebuah organisasi.

 ??  ?? SUASANA pemilihan ahli jawatankua­sa tertinggi dan exco pada Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS.
SUASANA pemilihan ahli jawatankua­sa tertinggi dan exco pada Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS.
 ??  ?? AZMI Jumat kekal sebagai Presiden PPUMS.
AZMI Jumat kekal sebagai Presiden PPUMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia