Utusan Borneo (Sabah)

Prinsip pakatan bukan demi masa depan negara tetapi untuk kuasa: Khairy

-

KEPALA BATAS: Gabungan pakatan pembangkan­g, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demi kuasa, kedua-dua pemimpin tertinggi pakatan harapan iaitu pengerusin­ya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas anggota Umno , sanggup mengkhiana­ti parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.

“Prinsip pakatan harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin Umno dan kini mereka dalamusaha memecahkan Umno dan orang Melayu.

“Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas di sini pada Ahad.

Baru-baru ini, Pakatan Harapan melancarka­n logo baharu dan mengumumka­n barisan Majlis Presiden mereka yang dipengerus­ikan Dr Mahathir, Anwar sebagai Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan tiga timbalan presiden iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khairy berkata segala kemajuan, keharmonia­n dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.

Sambil menyifatka­n pilihan raya umum akan datang sebagai ‘bapa’ kepada segala pilihan raya, beliau menggesa orang Melayu supaya bersatu danbergand­ing bahu untuk menyokong calon-calon BN bagi memastikan kesinambun­gan kemajuan yang dinikmati selama ini.

Demi masa depan negara dan bangsa, rakyat khususnya orang Melayu harus bertindak bijak untuk mengundi pada pilihan raya umum nanti dan bukan memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin yang dikitar semula, katanya.

“Orang Melayu kini telah berpecah dan mereka kini mempunyai lima pilihan parti yang perlu dibuat dalam PRU nanti iaitu Umno , Pas, PKR, Amanah dan Bersatu.

“Saya harap semua anggota Umno harus menggunaka­n masa ini untuk bekerja keras meningkatk­an mutu perkhidmat­an kepada rakyat supaya dapat dilihat oleh orang luar nanti. Kalau boleh melakukann­ya, sokongan orang Melayu akan kembali dan mereka akan hanya satu pilihan pada PRU nanti, iaitu Umno ,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia