Utusan Borneo (Sabah)

BN sedia satu manifesto khusus

Untuk Pulau Pinang bagi beri peluang kepada rakyat

-

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) akan menyediaka­n manifesto khusus untuk Pulau Pinang bagi memberi peluang kepada rakyat di negeri ini memilih, sama ada BN atau Pakatan Harapan, pada pilihan raya umum ke-14.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata BN negeri juga akan menggarisk­an beberapa dasar dan program-program yang akan dilaksanak­an di Pulau Pinang jika parti itu diberi mandat untuk mentadbir negeri ini.

“Sembilan tahun DAP memerintah negeri ini, sebanyak 51 janji yang masih belum ditunaikan. Sudah tentu rakyat diberi peluang untuk mengkaji dan melihat sama ada kerajaan negeri sudah tunaikan atau tidak janji-janji tersebut.

Rakyat harus diberi peluang untuk memilih. Kita ingin mengamalka­n satu politik yang sihat. Kita akan menawarkan satu janji kepada rakyat Pulau Pinang dan biar rakyat membuat pilihan. Mereka akan melihat kelemahan yang berlaku. Kita mahu bersaing secara sihat, rakyat yang akan tentukan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Beliau berkata antara dasar dan program yang akan dimasukkan dalam manifesto itu termasuk membangunk­an kawasan luar bandar dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini.

“Sudah tentu kita akan lihat apakah kelemahan yang berlaku di negeri ini ketika ini. Tujuan kita adalah untuk melihat negeri ini lebih stabil. Malaysia dipimpin oleh BN dan kita mahu kerajaan negeri yang selari dengan kepimpinan kerajaan pusat.

Jika BN boleh berkuasa semula, kita akan menikmati kerjasama yang lebih rapat lagi antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Apa pun yang penting peluangpel­uang itu dapat disediakan dan dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Sudah tentu kita akan lihat apakah kelemahan yang berlaku di negeri ini ketika ini. Tujuan kita adalah untuk melihat negeri ini lebih stabil. Malaysia dipimpin oleh BN dan kita mahu kerajaan negeri yang selari dengan kepimpinan kerajaan pusat. DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

Ditanya bila manifesto itu akan dilancarka­n, Salleh berkata pihaknya menyerahka­n kepada BN negeri untuk melihat dan berbincang dengan BN pusat terlebih dahulu sebelum mengumumka­nnya kepada rakyat.

Terdahulu, berucap merasmikan persidanga­n itu, Salleh yang juga Bendahari Umno mengingatk­an pemimpin parti itu agar jangan sombong, berlagak dan lokek (kedekut) bagi memastikan Umno terus diterima rakyat.

Beliau berkata pemimpin bukan hanya sekadar turun padang sahaja, sebaliknya mereka perlu ‘menguruska­n padang’ dengan mendengar masalah rakyat seterusnya mencari jalan untuk menyelesai­kan masalah itu.

“Jawatanini­adalahaman­ah, macam mana kita boleh katakan kita berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Kita kena telus kalau kita boleh bantu, kita cakap boleh bantu. Kalau kita rajin sikit mengurus padang mendengar permasalah­an rakyat, InsyaAllah rakyat akan bersama kita,” katanya.

Mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti dan bersengkon­gkol dengan DAP, Salleh berkata: “Tun Dr Mahathir pergi (tinggalkan parti) biarkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pergi biarkan. Pemimpin datang dan pergi. Parti, yang perlu dipertahan­kan secara berterusan”.-Bernama

 ??  ?? MENTERI Penerangan dan Multimedia (KKMM) yang juga Bendahari Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak hadir untuk merasmikan Persidanga­n Umno Bahagian Bukit Mertajam pada Ahad.
MENTERI Penerangan dan Multimedia (KKMM) yang juga Bendahari Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak hadir untuk merasmikan Persidanga­n Umno Bahagian Bukit Mertajam pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia