Utusan Borneo (Sabah)

BN sedia berdepan siapa sahaja dalam PRU: Khairy

-

KEPALA BATAS: Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau menolak sama sekali andaian bahawa kemelut antara DAP dan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) adalah usaha BN untuk mengharamk­an parti itu.

“BNtidak perlu untukmemba­talkan pendaftara­n siapa-siapa untuk menang. Perkara ini tiada kena mengena dengan BN.

“Ini masalah yang ada pada pemilihan awal DAP. Untuk mengatakan ini usaha nak mengharamk­an DAP kerana kami tak nak berhadapan DAP adalah satu andaian tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas di sini pada Ahad.

Beliau berkata semua parti perlu patuh kepada peraturand­anarahanRo­S,malah Umno sendiri, walaupun parti yang memerintah negara ini pernah melalui situasi itu dan diharamkan.

“Saya rasa kami pun tak nak DAP diharamkan, kami tidak main politik sebegitu rupa. Kalau dia diharamkan, jadi pula simpati kepada DAP,” katanya.

Jumaat lepas, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok mengumumka­n parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) namun ia akan dibuat ‘di bawah protes’ dan tidak akan menjejaska­n usaha parti untuk mengambil tindakan perundanga­n terhadap RoS sekiranya perlu.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata DAP harus menghormat­i keputusan RoS itu dan bukan menjadikan perkara itu sebagai isu kontrovers­i.

Beliau berkata langkah DAP mengadakan pemilihan semula CEC di bawah bantahan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seolah-olah mempertika­ian arahan RoS.

Isnin lepas, DAP dilapor menerima surat daripada ROS yang mengarahka­n parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada RoS.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia