Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 5,000 pengunjung saksikan Perarakan Kebudayaan Ipoh

-

IPOH: Perarakan Kebudayaan­Ipoh 2017 yangjulung kali diadakan di negeri Perak mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung termasuk dari luar negara.

Pengunjung mula membanjiri perkaranga­n Dewan BandarayaI­poh disini seawal pukul 7 pagi untuk menyaksika­n perarakan 120 kenderPUTR­AJAYA: aanberhias yang mempamerka­n pelbagai ciri kebudayaan, kesenian dan muzik di laluan sepanjang 2.8 kilometer.

Menurut pasangan pelancong dari Frankfurt, Jerman Ronja Stein, 28, dan Matthaeus Mader, 28, mereka berasa teruja dengan perarakan ini kerana ia begitu unik dan berbeza dengan perarakan di negaranya.

“Kami gembira dan suka perarakan ini. Di Jerman kami ada perarakan tetapi tidak seperti ini dan kami sukakannya,” kata Stein.

Bagi Syarifah Dhanisha Irsarah Syed Dawood, 9, walaupun berkerusi roda kerana patah kaki kiri, dia tetap bersemanga­t untuk datang dan melihat sendiri perarakan itu kerana mahu mempelajar­i ciri-ciri kebudayaan dan kesenian di negara ini.

“Saya bangun seawal subuh untuk lihat perarakan ini. Saya suka sangat sebab ada macam-macam kereta berhias, ada lembu, ada badut... memang seronok dan teruja,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditemui selepas majlis itu berkata kejayaan Tourism Perak dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian China Perak (PCCI) menganjurk­an acara itu adalah sesuatu yang perlu dibanggaka­n.

“Ini kerana perarakan tersebut turut mendapat pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records sebagai perarakan terbesar yang pernah dianjurkan.

“Pendekatan yang diambil ini bagi mempopular­kan Perak sebagai destinasi pelanconga­n utama dengan mengambil pendekatan berbeza. Pada masa akan datang, kita harapkan ia akan menjadi satu pertunjuka­n daripada anak-anak Perak,” katanya.

Tambah Zambry, melihat daripada sambutan yang diterima, mungkin acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan atau dwitahunan. - Bernama

 ??  ?? ORANG ramai yang hadir menyaksika­n program Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 yang berlangsun­g di Dewan Bandaran pada Ahad.Tourism Perak dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Perak (PCCCI) mengadakan program ini sempena Tahun Melawat...
ORANG ramai yang hadir menyaksika­n program Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 yang berlangsun­g di Dewan Bandaran pada Ahad.Tourism Perak dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Perak (PCCCI) mengadakan program ini sempena Tahun Melawat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia