Utusan Borneo (Sabah)

Jangan panik dengan khabar angin

Rabies sudah mula merebak di Sibu

-

SIBU: Orang ramai di Sibu diingatkan supaya tidak mudah terpengaru­h dan panik dengan khabar angin yang tular di media sosial menyatakan penyakit anjing gila atau rabies sudah mula merebak di bandar itu.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee berkata, sebaliknya mereka perlu menyelidik­i kesahihan khabar angin berkenaan terlebih dahulu dan tidak menyebarka­nnya kepada masyarakat.

“Hanya laporan atau kenyataan daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang dikeluarka­n pada 5 petang setiap hari adalah rasmi dan sahih,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramahtamah Aidilfitri di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) di sini malam Sabtu lepas.

Dr Annuar ditanya mengenai khabar angin kononnya kes rabies kini sudah merebak di kawasan antara Km 10 dan Km 12 Jalan Oya di sini.

Beliau yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidik­an berkata, orang ramai perlu mengetahui bahawa tidak semestinya kejadian terkena gigitan anjing akan menyebabka­n mangsa dijangkiti rabies.

“Walaupun digigit anjing gila, tidak semestinya 100 peratus mendapat penyakit itu (rabies) tapi kalau dicuci dan dibersih tempat kena gigitan serta mendapat suntikan empat kali, insya-Allah 99.9 peratus sembuh,” katanya.

Apa yang penting katanya ialah rawatan harus diambil pada kadar segera selepas digigit anjing yang disyaki dijangkiti rabies.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memuji jawatankua­sa pengurusan Masjid An-Nur Sibu atas kejayaan menganjurk­an majlis hari raya yang turut menjemput pertubuhan keagamaan bukan Islam di bandar ini sekali gus menunjukka­n semangat perpaduan dan toleransi penduduk pelbagai kaum. - Bernama

Orang ramai perlu mengetahui bahawa tidak semestinya kejadian terkena gigitan anjing akan menyebabka­n mangsadija­ngkitirabi­es.Walaupundi­gigit anjing gila, tidak semestinya 100 peratus mendapat penyakit itu (rabies) tapi kalau dicuci dan dibersih tempat kena gigitan serta mendapat suntikan empat kali, insya-Allah 99.9 peratus sembuh. DR ANNUAR RAPAEE Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia