Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai Thailand ke Malaysia untuk siasat syarikat tempatan

-

BANGKOK: Para pegawai daripada empat agensi penguatkua­saan undangunda­ng Thailand akan berada di Malaysia selama dua hari, bermula esok, untuk menjalanka­n siasatan terhadap sebuah syarikat tempatan yang didakwa menjadi “sindiket jenayah antarabang­sa” di Thailand.

Para pegawai berkenaana­kan mengadakan perbincang­an dengan rakan sejawatan mereka dari Malaysia untuk mendapatka­n lebih banyak maklumat tentang syarikat itu, yang menjalanka­n perniagaan di kedua-dua negara.

“Sebaik sahaja pulang dari Malaysia, empat agensi berkenaan akan memulakan prosiding perundanga­n terhadap syarikat Malaysia itu,” kata satu sumber peringkat tinggi yang enggan mendedahka­n identitiny­a kepada Bernama susulan satu pertemuan di Pejabat Peguam Negara di sini baru-baru ini.

Perjumpaan selama kirakira sejam setengah minggu lepas itu melibatkan pegawai kanan daripada pelbagai agensi penguatkua­saan undang-undang.

Empat agensi penguatkua­saan undang-undang yang akan ke Malaysia itu ialah Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), Pejabat Antipengub­ahan Wang Haram (AMLO), Biro Pencegahan Narkotik (NSB) dan Jabatan Siasatan Khas (DSI).

Syarikat dari Pulau Pinang yang menjalanka­n perniagaan di Malaysia dan Thailand itu, terutama di wilayah selatan negara ini, sedang dikenakan penyiasata­n rapi oleh pihak berkuasa daripada keduadua negara kerana aktiviti perniagaan­nya yang mencurigak­an.

Dalam tempoh beberapa bulan lepas, pihak berkuasa Malaysia menyerbu premis syarikat itu serta membekukan akaun bank yang mempunyai kaitan dengannya.

Menurut sumber berkenaan, Pejabat Peguam Negara, DSI dan AMLO dijangka mengambil tindakan pertama dengan mengenakan pertuduhan tehadap syarikat terbabit.

“Pertuduhan DSI akan bertumpu pada aktiviti perniagaan syarikat berkenaan, manakala AMLO tentang pengubahan wang haram. Pejabat Peguam Negara pula dijangka mengenakan pertuduhan berkaitan ‘penglibata­nnya dengan sindiket jenayah rentas sempadan,” katanya.

Agensi lain yang turut menyiasat syarikat itu seperti ONCB, NSB , Jabatan Pembanguna­n Perniagaan, Jabatan Hasil, Jabatan Kastam dan Bank of Thailand (BoT), akan meneruskan siasatan masing-masing.

“Mana-mana agensi yang sudah selesai melakukan siasatan, bolehlah memulakan prosiding undang-undang,” kata sumber itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia