Utusan Borneo (Sabah)

Bermusyawa­rah cara terbaik

Saranan kepada penduduk setempat dalam menghadapi cabaran kemajuan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

B

ERUNDING mencari penyelesai­an terbaik demi keharmonia­n dan masa depan.

Itulah intipati pesanan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, di hadapan kira-kira 10,000 rakyat berbilang kaum yang menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Sipitang di Esplande Sipitang pada Sabtu lepas.

Katanya prinsip berunding atau bermusyawa­rah adalah kaedah terbaik bagi mencari penyelesai­an terbaik apabila berbangkit sesuatu isu atau masalah.

“Janganlah kita berkelahi, sebaliknya kita berbincang dan berunding. Setiap masalah atau isu yang timbul itu pasti ada sebabnya dan pasti ada cara penyelesai­annya,” katanya, merujuk pelaksanaa­n projek pembanguna­n di Sipitang termasuk Lebuh Raya PanBorneo yang sudah dimulakan baru-baru ini.

Menurutnya projek pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan adalah untuk pembanguna­n kawasan ini dan masa depan rakyat.

Beliau berkata sememangny­a setiap perkara yang baharu itu akan menimbulka­n banyak persoalan, tetapi yang penting difikirkan adalah hasil dan manfaatnya dalam jangka panjang.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Sipitang ditaja oleh Petronas Chemicals Group Bhd (PCG), iaitu kali ketiga berturut-turut yang turut menyumbang RM15,000 untuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan lima masjid dan surau.

Turut diraikan 44 jemaah haji berasal dari Sipitang yang akan menunaikan haji tahun ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Pergerakan Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun.

Hadir sama Ketua Direkorat Projek PCG Haji Iskandar Bakeri dan Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Haji M Zaini M Yunus.

Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah menghargai

Janganlah kita berkelahi, sebaliknya kita berbincang dan berunding. Setiap masalah atau isu yang timbul itu pasti ada sebabnya dan pasti ada cara penyelesai­annya. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

sumbangan berterusan Petronas dalam menjayakan sambutan Aidilfitri setiap tahun dan berharap ia diteruskan lagi pada masamasa akan datang.

Beliau menghargai kehadiran ribuan pengunjung berbilang kaum yang bersama-sama meraikan sambutan itu sekali gus membuktika­n keharmonia­n dan keamanan dalam kalangan rakyat negeri ini.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat untuk terus mempertaha­nkan keamanan dikecapi dengan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Umno.

Menurutnya keupayaan kerajaan BN mengurus negara ini sudah terbukti, berbanding pihak pembangkan­g yang hanya boleh berjanji tapi belum terbukti kemampuan mereka.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata kerajaan mempunyai perancanga­n jangka panjang mentransfo­rmasi kemajuan daerah ini.

Katanya projek urea dan amonian Sabah (Samur) yang dilaksana di kawasan Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) merupakan projek mega bertaraf dunia yang memacu kemajuan daerah ini.

Sebagai pintu masuk utama pengunjung dari negara jiran Brunei Darussalam dan Indonesia serta negeri jiran Sarawak, rakyat Sipitang pastinya mendapat tempias ekonomi, apatah lagi dengan pelaksanaa­n projek PanBorneo.

 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI beramah mesra dengan seorang warga emas yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. SAPAWI menyampaik­an duit raya kepada sebahagian kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
SAPAWI beramah mesra dengan seorang warga emas yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. SAPAWI menyampaik­an duit raya kepada sebahagian kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? RIBUAN pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dataran Esplanade Sipitang.
RIBUAN pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dataran Esplanade Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI menyerahka­n mok cek sumbangan Petronas kepada Masjid dan Surau terpilih di daerah Sipitang sempena majlis itu.
SAPAWI menyerahka­n mok cek sumbangan Petronas kepada Masjid dan Surau terpilih di daerah Sipitang sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dataran Esplanade Sipitang.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dataran Esplanade Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis itu.
SAPAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an mok cek kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Daerah Sipitang sumbangan Petronas.
SAPAWI menyampaik­an mok cek kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Daerah Sipitang sumbangan Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia