Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu main peranan utama

Usaha didik dan bentuk peribadi terpuji anak

-

LAHAD DATU: Ibu bapa perlu memainkan peranan utamadalam­usahamendi­dik dan membentuk peribadi terpuji anak mereka yang kini terdedah dengan pelbagai masalah sosial.

Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h berkata tanpa perhatian serius ibu bapa, generasi muda akan hanyut dengan kehendak sendiri.

Katanya walaupun golongan kanak-kanak hari ini dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahua­n di sekolah termasuk kelas agama, namun itu tidak menjamin mereka menerima semua apa yang diajar.

“Pengetahua­n serta ilmu yang dibekalkan oleh ibu bapa kepada anak mereka ternyata lebih berkesan untuk diamalkan seterusnya mampu menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Walau sesibuk manapun ibu bapa, tanggungja­wab kepada anak mereka tidak seharusnya diabaikan,” katanya berucap sempena majlis Khatam al-Quran dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Kebangsaan (SK) Unico Desa Lahad Datu.

Menurut Mizma, ibu bapa juga tidak perlu terlalu tegas di dalam usaha memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka pada masa kini.

Katanya ini kerana persekitar­an yang ada pada hari ini tidak sama dengan suasana dalam kalangan ibu bapa pada masa sebelum ini.

“Jika dahulunya, ibu bapa kita menggunaka­n cara yang tegas untuk membentuk disiplin anak-anak dan anakanak mudah dibentuk dan dikawal pergerakan mereka pada masa itu.

“Ibu bapa haruslah bijak menyeimban­gkan sikap tegas dan penyayang di dalam usaha mendidik anak mereka.

“Kerana, sedikit sebanyak cara hidup anak-anak pada hari ini telah dipengaruh­i oleh budaya dari luar dan terdedah dengan era teknologi maklumat dan kemudahan komunikasi (ICT),” jelasnya.

“’Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, tidak ada guna kita melentur buluh yang telah keras kerana ianya akan mudah patah dan tidak berguna lagi.

Katanya, walaupun kanak-kanak menerima pendidikan dengan pelbagai kaedah moden, namun didikan daripada ibu bapa dianggap terbaik bagi melahirkan generasi muda yang berguna.

Dalam perkembang­an sama Mizma berkata kerajaan menyediaka­n peruntukan besar bagi prasekolah di negeri ini dan adalah rugi jika kemudahan itu tidak dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat.

“Usaha berkenaan bertujuan memastikan kanakkanak tidak mengalami kejutan apabila belajar di sekolah rendah,” katanya.

Turut hadir ialah Penasihat PIBG Razak Minlung, Pengerusi PIBG SK Unico Desa Mapatan Sudin, ibu bapa, guru-guru dan murid.

Pengetahua­n serta ilmu yang dibekalkan oleh ibu bapa kepada anak mereka ternyata lebih berkesan untuk diamalkan seterusnya mampu menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Walau sesibuk manapun ibu bapa, tanggungja­wab kepada anak mereka tidak seharusnya diabaikan. MIZMA APPEHDULLA­H Ketua Wanita Umno Silam

 ??  ?? MIZMA (depan, tengah) bersama guru-guru, murid-murid dan ibu bapa pada majlis itu.
MIZMA (depan, tengah) bersama guru-guru, murid-murid dan ibu bapa pada majlis itu.
 ??  ?? MIZMA menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar.
MIZMA menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? MIZMA menyampaik­an bantuan awal persekolah­an (murid tercicir).
MIZMA menyampaik­an bantuan awal persekolah­an (murid tercicir).
 ??  ?? MIZMA menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
MIZMA menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia