Utusan Borneo (Sabah)

MRSM KK jayakan khidmat masyarakat

SK Saliku keluar dari ‘kepompong’ sendiri, timba pelbagai pengalaman di Kota Kinabalu

- Oleh SALMAN ABADI

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu telah menerima kunjungan rombongan guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saliku Nabawan dalam rangka lawatan selama empat hari (11 – 14 Julai) di beberapa lokasi menarik di Kota Kinabalu.

Rombongan yang diketuai Guru Besar SK Saliku Aping Mantis telah membawa murid sekolah seramai 22 orang yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6 beberapa guru pengiring.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Saliku Azlan Liman bagi mewakili ibu bapa.

Pelbagai aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanak­an dengan cemerlang hasil permuafaka­tan dan komitmen yang tinggi di bawah kendalian pengarah program itu iaitu Mc Manus Sing yang juga merupakan Presiden Kelab Guru dan Kakitangan MRSM Kota Kinabalu.

Aktiviti ‘ice breaking’ atau ‘pecah bendungan’ dikendalik­an oleh Jolifuliza­n Jais (Kaunselor MRSM) yang bertujuan untuk memberi keselesaan dan pengenalan kepada muridmurid yang terlibat.

Antara pengisian aktiviti semasa ‘ice breaking’ ialah permainan ‘kapten kata’ dan ‘Bingo’ supaya pelajar lebih santai dan bersikap terbuka serta akan lebih berani dan berkeyakin­an untuk menonjolka­n diri.

Seterusnya aktiviti menghasilk­an barang kreatif dari barang kitar semula yang dikendalik­an oleh Mohd Hasrul Jakir dan dibantu oleh Mohammad Hafiz (guru MRSM).

Aktiviti ini bertujuan memupuk minat dan cinta pelajar terhadap alam sekitar serta menggunaka­n semula bahan terbuang dengan idea yang kreatif.

Secara tidak langsung, hasil barangan kreatif dapat dijadikan produk yang boleh dijual untuk menjana pendapatan.

Sementara itu, Unit Bahasa MRSM yang diketuai oleh Allison Pauliya Amin sambil dibantu guru-guru Bhasa Inggeris iaitu Iqmal Nurhakim, Nadzirul Hilmi, Qistina Ain dan Floriney Daniel juga tidak ketinggala­n menyumbang­kan aktiviti. D Dua aktiviti hebat iaitu

‘scavenger hunt’ dan ‘poetry response’ yang dirancang khas bertujuan untuk membina keyakinan murid dalam menggunaka­n Bahasa Inggeris.

Turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini ialah Unit ICT MRSM Kota Kinabalu yang diketuai Mohammad Shukri dan dibantu oleh Faridah Yusuf.

Unit ICT mengambil masa selama satu jam untuk tujuan memberi pengenalan kepada pelajar tentang cara-cara menggunaka­n iPad dalam pembelajar­an.

Pelajar juga diberi peluang untuk mencuba sendiri iPad jenama Apple milik MRSM Kota Kinabalu untuk mencari maklumat serta menyelesai­kan beberapa soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sesi itu memperliha­tkan para murid sekolah SK Saliku begitu tertarik sekali dengan penggunaan iPad, salah satu kemudahan mengakses pembelajar­an yang terdapat di MRSM Kota Kinabalu.

Penggunaan Ipad diwajibkan kepada pelajar Tingkatan Dua MRSM Kota Kinabalu untuk tujuan mencari maklumat dan pembelajar­an.

Slot dari Makmal Sains MRSM yang diketuai Pembatu Makmal Kanan, Samiyatun Hamzah serta dibantu Nurulsuida Abdullah, Nur Tasya dan Roziah Ansar.

Dalam aktiviti ini, murid dapat mengenal alat-alat serta bahan-bahan kimia yang terdapat dalam makmal sains MRSM Kota Kinabalu.

Selain itu, ditunjukka­n juga demonstras­i cara melarutkan sukrosa (gula) dalam kiraan peratus.

Aktiviti pada hari ketiga lebih bersifat santai iaitu rombongan SK Saliku di bawa bersama-sama dengan pelajar MRSM menghadiri Majlis Penyampaia­n Anugerah Biasiswa Negeri Sabah, di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.

Dalam program ini, murid-murid SK Saliku dapat melihat sendiri bagaimana seorang pelajar yang cemerlang akan menerima tajaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Anugerah biasiswa ini disampaika­n Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman yang juga Menteri Kewangan dan Ketua Perhubunga­n Umno Negeri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.

Berakhirny­a program ini, aktiviti seterusnya ialah melawat ke Muzium Negeri Sabah di Sembulan Kota Kinabalu dalam rangka lawatan sambil belajar.

Pertama kalinya, muridmurid ini dapat melawat muzium negeri dan melihat sendiri bahan sejarah yang terdapat di muzium.

Melalui lawatan itu, mereka bukan sahaja memperoleh­i banyak ilmu pengetahua­n dan pengalaman berguna, malah dapat menyemai semangat patriotism­e dalam diri mereka dengan melihat pelbagai pameran khasnya perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaa­n, cara hidup masyarakat, kebudayaan suku kaum di Sabah dan sebagainya.

Sebelum bertolak balik ke MRSM Kota Kinabalu, rombongan SK Saliku turut dibawa oleh pemandu bas iaitu Chong Yen Fui untuk singgah sebentar di Pantai Tanjung Aru yang begitu terkenal dengan keindahan pantainya dan merupakan lokasi tumpuan ramai pengunjung.

Tujuan utama program ini adalah untuk membawa murid-murid SK Saliku, salah sebuah sekolah di Pedalaman untuk keluar dari ‘kepompong’ mereka sendiri.

Untuk rekod, SK Saliku terletak jauh di kawasan Pegalungan Nabawan dan jarak SK Saliku dari MRSM Kota Kinabalu adalah 163 kilometer.

Untuk sampai ke SK Saliku, perlu menaiki kereta pacuan empat roda yang mana akan mengambil masa lima jam perjalanan.

Namun demikian, setiap tahun SK Saliku sentiasa dapat menghasilk­an murid yang cemerlang dan layak memasuki Asrama Penuh.

Misalnya, di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan, terdapat dua orang pelajar SK Saliku yang sekarang ini berada di Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 iaitu Konica Janamail dan Angelina Yantalu.

Bekas murid SK Saliku yang kini belajar di MRSM Kota Kinabalu pula masingmasi­ng berada di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 iaitu Aelydarwid­a Michel dan Midin Mungkias.

Penempatan murid menyambung pendidikan menengah di beberapa MRSM di Sabah memperliha­tkan bahawa SK Saliku mampu mencapai prestasi pendidikan yang cemerlang, walaupun berada nun jauh di pedalaman, hasil komitmen tinggi dan usaha gigih warga pendidik serta permuafaka­tan bersama ibu bapa melalui PIBG.

Berucap pada Majlis Penutupan program itu, Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat berkata, beliau mahu melihat 80 peratus murid Tahun 6 SK Saliku yang layak akan mendaftar masuk ke Tingkatan 1 di MRSM Kota Kinabalu pada tahun hadapan (2018).

Beliau juga berpesan agar murid-murid dari SK Saliku tidak mensia-siakan usaha keras yang dilakukan pihak sekolah khusunya Guru Besar serta pihak PIBG sekolah dalam menyediaka­n pelbagai peluang pendidikan untuk membolehka­n mereka (murid) dapat menimba pelbagai ilmu pengetahua­n, kemahiran, pengalaman dan sebagainya.

“Hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib diri dan keluarga untuk masa akan datang,” ujarnya.

 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN guru dan staf MRSM yang turut terlibat menjayakan program itu. (Gambar kiri) MURID SK Saliku teruja dapat mencuba sendiri dan menggunaka­n kemudahan iPad untuk aktiviti mengakses maklumat pembelajar­an.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN guru dan staf MRSM yang turut terlibat menjayakan program itu. (Gambar kiri) MURID SK Saliku teruja dapat mencuba sendiri dan menggunaka­n kemudahan iPad untuk aktiviti mengakses maklumat pembelajar­an.
 ??  ??
 ??  ?? ROMBONGAN SK Saliku Nabawan bergambar kenangan bersama Pengetua MRSM Kota Kinabalu, Gilbert Wong (duduk enam kanan), Aping Mantis (enam kiri) serta sebahagian guru-guru MRSM yang terlibat menjayakan program itu.
ROMBONGAN SK Saliku Nabawan bergambar kenangan bersama Pengetua MRSM Kota Kinabalu, Gilbert Wong (duduk enam kanan), Aping Mantis (enam kiri) serta sebahagian guru-guru MRSM yang terlibat menjayakan program itu.
 ??  ?? GILBERT Wong menyampaik­an beg sumbangan pihak Yayasan Pelajaran Mara.
GILBERT Wong menyampaik­an beg sumbangan pihak Yayasan Pelajaran Mara.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid SK Saliku berbincang untuk melakukan tugasan.
SEBAHAGIAN murid SK Saliku berbincang untuk melakukan tugasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia