Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia sertai festival Tugu Budaya Etnik Sabah ke-8

-

INDONESIA yang diwakili sanggar tari ‘Color of

Indonesia’, mengambil bahagian dalam festival Tugu Budaya Etnik Sabah ke-8, di sini, 19-22 Julai.

Acara dwitahunan itu dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) ini diikuti oleh 30 kumpulan tari dari berbagai sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh Malaysia dan tiga kumpulan undangan iaitu Indonesia, Rusia dan Filipina.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Kordinator Sosial Budaya KJRI KK Drs Cahyono Rustam.

Kumpulan tari Indonesia yang dianggotai 19 penari dari berbagai sekolah SMA di Jakarta mempersemb­ahkan tari Yamko Rambe Yamko sebuah tarian etnik dari Papua yang dinamis dan menarik mampu memukau penonton.

Mereka juga mempersemb­ahkan tarian zapin pada hari kedua festival. Sementara itu, peserta dari Indonesia, Rusia dan Filipina ketika acara sampingan sempat mengadakan kunjungan ke Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK).

Di sana mereka sempat belajar dan berkolabor­asi memainkan muzik angklung bersama siswa siswi SIKK.

Konsul Jenderal RI, Akhmad Daya Handasah Irfan berkata KJRI , Kota Kinabalu sentiasa menyokong semua kegiatan yang bertujuan untuk memperkena­lkan kekayaan dan keragaman budaya Indonesia di negeri ini.

Katanya, penyertaan Indonesoa pada festival ini dapat memperkena­lkan budaya sekali sebagai salah satu usaha mempromosi pelanconga­n di Indonesia.

 ??  ?? KUMPULAN Tarian ’Color of Indonesia’ menyertai Festival Tugu Budaya Etnik.
KUMPULAN Tarian ’Color of Indonesia’ menyertai Festival Tugu Budaya Etnik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia