Utusan Borneo (Sabah)

RWMF 2017 ternyata menakjubka­n

Gubahan genre fusion dan tradisiona­l memberikan kepuasan kepada penonton untuk memasuki alam parti muzikal

-

MESKIPUN hujan turun lebat sewaktu malam kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2017 baru-baru ini, pengunjung ternyata tidak mempedulik­annya untuk terus berhibur.

Sekitar jam 8.20 malam, hujan gerimis kemudian bertambah lebat namun sama sekali tidak mematahkan semangat mereka yang mahu menikmati kemerduan persembaha­n muzikal RWMF 2017.

Pembuka tirai persembaha­n dimulai dengan band tempatan yang kian melonjak namanya di persada seni tempatan dan luar negara At Adau pada jam 7.30 malam.

Gubahan genre fusion dan tradisiona­l memberikan kepuasan kepada penonton untuk memasuki alam parti muzikal.

Selepas 45 minit persembaha­n At Adau selesai diikuti pula persembaha­n kegemaran ramai ala Hawaii daripada band O Tahiti E dari Tahiti tepat jam 8.15 malam.

Persembaha­n yang berkisar tentang pelayaran suku kaum Tahiti yang belayar dari Taiwan ke negaranya begitu menggamit sanubari sesiapa sahaja yang menonton persembaha­n itu.

Margaret Lai selaku ketua O Tahiti E membuka tirai persembaha­n mereka dengan menyeru kepada moyang dan memberitah­u bahawa kelahiran di dunia datangnya daripada rahim seorang ibu.

Sekitar 15 minit persembaha­n, hujan hanya rintik-rintik menjadi semakin lebat namum ramai kalangan pengunjung yang sudah menyediaka­n payung serta baju hujan masing-masing.

Melihat kepada goyangan pinggul dan keayuan penarinya begitu juga penari jejaka yang tampak macho membuatkan pengunjung tegar meredah hujan untuk melihat persembaha­n kegemaran mereka ini.

Namun tepat jam 9 malam, ada pengunjung mulai beredar kerana hujan terlalu lebat menyebabka­n sebilangan pengunjung beredar dari tapak RWMF 2017 mencari tempat berteduh.

Nurul Huda Gaber Abdul Hafez 29, yang datang dari Johor Bahru berkata, beliau baharu pertama kali berpeluang ke RWMF bertemanka­n suami dan rakan-rakan.

“Memang sudah lama mengetahui pasal RWMF ini tetapi kali pertama dapat menjejakka­n kaki di sini sebab hanya tahun ini semua kawan-kawan dapat berkumpul,” katanya.

“Persembaha­n pertama malam ini oleh band At Adau sangat luar biasa.

“Tidak pernah datang dan tidak ada alasan untuk tidak melihatnya di depan mata,” katanya ketika ditemui di Rumah Panjang Iban Kampung Budaya.

Beliau bersama suami dan rakan-rakan juga menyertai bengkel tarian ‘samba’ dan ‘welsh’.

Di Semenanjun­g katanya, persembaha­n festival tidak seperti yang terdapat di sini yang meliputi banyak kebudayaan dan mengumpul ramai pengunjung dari serata dunia.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Perancis Laura Raimondoi, 30, memberitah­u muzik yang ditampilka­n pada persembaha­n RWMF 2017 kali ini benar-benar membangkit­kan emosi dan begitu menakjubka­n.

“Kami mencuba sesi tai chi pada sebelah paginya dan mengikuti beberapa bengkel yang diadakan di sini yang memberi banyak pengetahua­n dan mendalami sejarah setiap satunya.

“Kami baru mengetahui mengenainy­a ketika berada di sini kerana tujuan kami ke Sarawak adalah sebagai penuntut sarjana dari Perancis yang membuat kajian tentang orang Penan di Ulu Baram selama dua bulan,” jelas Laura.

“Berdasarka­n kajian yang telah dijalankan setakat ini, kami berharap kaum Penan akan turut berkembang dalam arus pembanguna­n negara kerana mereka sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu penjana ekonomi.

“Justeru itu RWMF sebenarnya banyak membantu ramai orang luar untuk mengenali sejarah, tradisi dan kebudayaan masyarakat tempatan di sini,” tambahnya lantas menceritak­an sedikit berkisar kajian yang dijalankan­nya bersama rakan sekuliah Clemence Petit Velasco, 27.

Pada masa yang sama, Clemence juga berkongsi pengalaman merasai hidangan asli Sarawak seperti ayam pansoh, pucuk ubi kayu dan kek lapis.

Masyarakat tempatan di sini amat peramah dan beliau berharap program sampingan yang menampilka­n kugiran yang membuat persembaha­n boleh dipanjangk­an tempoh tinggal di sini seperti mana yang dilakukan di Perancis.

“Ini membolehka­n kumpulan pemuzik ini membuat lebih banyak persembaha­n atau menyertai program yang membenarka­n interaksi pengunjung asing untuk mengenali mereka, selain membantu dalam menjana pendapatan kepada sektor pelanconga­n di negeri ini,” ujarnya menambah.

Pengunjung yang dianggarka­n lebih 8,000 orang itu turut menyaksika­n persembaha­n kumpulan pemuzik Radio Cas dari Sepanyol, Hanggai (China), Bas Cissoko (Guinea) dan The Paradise Bangkok Molam Internatio­nal Band (Thailand).

MENAKJUBKA­N

Justeru itu RWMF sebenarnya banyak membantu ramai orang luar untuk mengenali sejarah, tradisi dan kebudayaan masyarakat tempatan di sini,

 ??  ?? NURUL (dua kanan) bersama suami dan rakan-rakan.
NURUL (dua kanan) bersama suami dan rakan-rakan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N At Adau.
PERSEMBAHA­N At Adau.
 ??  ?? LAURA (kiri) dan Clemence.
LAURA (kiri) dan Clemence.
 ??  ??
 ??  ?? UPACARA ucap selamat Bidayuh dan Orang Ulu menutup persembaha­n At Adau.
UPACARA ucap selamat Bidayuh dan Orang Ulu menutup persembaha­n At Adau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia