Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan digesa guna teknologi raih keuntungan

-

USAHAWAN Sarawak dinasihat tidak terikat dengan cara perniagaan tradisiona­l sebaliknya berubah dengan menggunaka­n teknologi terkini untuk meraih keuntungan hingga ke peringkat global.

Demikian gesaan Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Menteri Muda E-Dagang Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais ketika berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Program ‘The Longest Kek Lapis: Malaysia Book of Records’ di Plaza Merdeka, di sini pada Sabtu.

“Inilah satu-satunya hala tuju dan dasar kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri supaya rakyat Sarawak berubah dan tidak terikat dengan cara lama berniaga.

“Hampir semua kita memiliki telefon bimbit untuk menghantar mesej pesanan ringkas, menghantar gambar dan sebagainya. Hanya kita sahaja yang belum mahu menggunaka­n teknologi dan ilmu ini untuk membantu diri kita khususnya dalam perniagaan.

“Gunakanlah cara moden melalui penggunaan teknologi terkini dalam membuat pemasaran ‘online’ bagi mencapai pasaran global dengan cepat,” katanya.

Justeru, beliau mahu semua usahawan Sarawak menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk melonjakka­n ekonomi negeri melalui ekonomi digital iaitu satu ilmu berasaskan pengetahua­n tanpa sempadan.

“Tidak dapat dinafikan, era digital melalui Internet akan sentiasa berubah termasuk bagaimana dunia membuat pengurusan perniagaan dan sebagai sumber maklumat.

“Tetapi ia harus dipelajari kerana tanpa ilmu tidak akan ada teknologi, tanpa teknologi kita akan ketinggala­n,” jelasnya.

Pada majlis sama, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) berjaya memecah rekod 30.8 meter panjang Kek Lapis yang pernah dicatat pada tahun 2011 kepada 139.61 meter panjang iaitu 720 biji kek yang telah disusun rapi.

Dengan kepanjanga­n tersebut melayakkan ia menempa nama sebagai ‘The Longest Kek Lapis: Malaysia Book of Records” selepas diumumkan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor.

Sehubungan itu, Naroden memuji kesungguha­n 120 sukarelawa­n Kolej Komuniti dari seluruh negeri yang turut dibantu oleh 20 pengusaha ‘home

made’ Kek Lapis di sini. Naroden yakin, inisiatif itu akan menyumbang kepada peningkata­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran kepada generasi muda dalam menghasilk­an produk Signature Sarawak itu.

Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Kuching yang juga merupakan pengerusi program tersebut, Shuderman Jaruman mewakili Pengarah Bahagian Pembanguna­n Pelajar JPKK Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman.

Turut diadakan penyampaia­n sijil Malaysia Book of Records, penyampaia­n sumbangan jualan amal kek lapis, sijil kepada para peserta, penyampaia­n cenderamat­a.

 ??  ?? NARODEN (kiri) menjual kek lapis kepada orang awam pada harga RM50 pada sesi lelongan bagi tujuan amal pihak JPKK pada program itu.
NARODEN (kiri) menjual kek lapis kepada orang awam pada harga RM50 pada sesi lelongan bagi tujuan amal pihak JPKK pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia