Utusan Borneo (Sabah)

Krisis di Masjidil Aqsa, Liga Arab kecam Israel

Baitulmaqd­is saksikan pertempura­n berterusan yang terus meragut nyawa pemuda Palestin

-

BAITULMAQD­IS: Liga Arab semalam mengecam rejim Israel ‘bermain dengan api’ ketika mengetatka­n kawalan di kompleks Masjidil Aqsa.

“Baitulmaqd­is adalah satu garisan merah,” kata ketuanya Ahmed Abul Gheit dalam satu kenyataan dari Kaherah, sambil menambah bahawa tiada orang Arab atau Muslim akan menerima pencabulan tapak suci tersebut.

Pertempura­n berdarah menggegark­an Baitulmaqd­is sejak rejim memasang alat pengesan logam di pintu masuk ke pekarangan Haram al-Sharif susulan serangan pertengaha­n Jun yang membunuh dua anggota polis rejim.

Abul Gheit mendakwa langkah ‘berani’ yang dibuat rejim boleh mencetuska­n krisis dengan dunia Arab dan dunia Islam.

Pekarangan Masjidil Aqsa yang turut menempatka­n Qubbat As-Sakhrah sememangny­a titik fokal perjuangan Palestin sejak berdekadde­kad dijajah Israel.

Selain alat pengesan logam, kamera juga dilihat dipasang dekat sekurang-kurangnya satu pintu masuk ke pekarangan tersebut di Kota Lama.

Majlis Keselamata­n PBB akan mengadakan rundingan tertutup hari ini mengenai kekacauan yang memuncak selepas Mesir, Perancis dan Sweden menyeru mesyuarat untuk membincang­kan segera cara mengurangk­annya.

Ketegangan bermula sejak minggu lepas berhubung sekatan tambahan di pekarangan itu yang ditolak penduduk Palestin sebagai peningkata­n kepada penindasan rejim.

Mereka tidak dibenarkan memasuki pekarangan tersebut untuk bersolat dan terpaksa bersolat di jalan raya di luar.

Solat Jumaat baru-baru ini yang lazimnya menarik ribuan jemaah ke Masjidil Aqsa, menyaksika­n ketegangan memuncak apabila rejim tidak membenarka­n kaum lelaki berusia 50 tahun ke bawah daripada memasukiny­a untuk bersolat.

Pertempura­n meletus antara anggota tentera dan penduduk Palestin di Kota Lama, selain di beberapa bahagian lain di wilayah terjajah timur Baitulmaqd­is dan Tebing Barat yang menyebabka­n tiga warga Palestin dibunuh.

Pada sebelah malamnya, seorang remaja Palestin berusia 19 tahun memecah masuk ke dalam sebuah rumah di penempatan haram Yahudi di Tebing Barat lalu menikam empat penghuniny­a, membunuh tiga daripadany­a.

Pertempura­n berlarutan kelmarin di mana belia Palestin melontar batu dan bom petrol ketika tentera menggunaka­n jentolak untuk menutup jalan masuk ke kampung penyerang terbabit di Tebing Barat dan merobohkan rumahnya.

Pertempura­n turut meletus di timur Baitulmaqd­is dan kampung-kampung Palestin yang lain di Tebing Barat semalam, menurut polis rejim.

Dua pemuda Palestin mati dalam pertempura­n itu, seorang daripadany­a terkena bom petrol yang meletup sebelum sempat dilontarka­n, dakwa polis rejim.

Tentera Israel berkata semalam mereka telah menahan 25 lelaki yang dikatakan anggota aktif Hamas.

Penahanan meliputi seluruh Tebing Barat itu termasukla­h mereka yang didakwa anggota kanan pergerakan tersebut, menurut kenyataan agensi keselamata­n dalam negeri Shin Bet yang menyifatka­nnya sebagai langkah pencegahan susulan ketegangan di Temple Mount, nama Yahudi bagi Haram al-Sharif.

Juga semalam, sebutir roket dilepaskan ke Tel Aviv dari Semenanjun­g Gaza meletup dalam perjalanan dan tidak menyebabka­n sebarang kecederaan, menurut rejim.

Setakat ini, tiada kumpulan Palestin mengaku bertanggun­gjawab dalam kejadian itu. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DUA anggota tentera Israel menyasari pemuda Palestin yang cuba menghalang mereka daripada menutup jalan ke kampung Kubar, barat Ramallah . Gambar kanan menunjukka­n pemuda Palestin mendapatka­n rakan mereka yang cedera ditembak dalam pertempura­n itu yang...
DUA anggota tentera Israel menyasari pemuda Palestin yang cuba menghalang mereka daripada menutup jalan ke kampung Kubar, barat Ramallah . Gambar kanan menunjukka­n pemuda Palestin mendapatka­n rakan mereka yang cedera ditembak dalam pertempura­n itu yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia