Utusan Borneo (Sabah)

Tembak saja, tegas Widodo

-

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahka­n pihak polis terus menembak pengedar dadah yang melawan ketika ditangkap dalam usaha terbaharu untuk mencegah penyalahgu­naan dadah di negara itu.

Dalam satu ucapan kepada salah satu parti politik di Indonesia pada lewat Jumaat lalu, Widodo telah menggesa pegawai penguatkua­sa undang-undang agar membantera­s tegas pengedar dadah di Indonesia.

‘Bersikap tegas, terutama kepada pengedar dadah asing yang memasuki negara ini.

“Sekiranya mereka melawan walau sedikit pun, tembak saja mereka,” menurut Widodo.

Agensi Anti Narkotik Indonesia merekodkan enam juta pengguna dadah di negara kepulauan tersebut daripada 255 juta pendudukny­a, satu situasi yang dilabelkan presidenny­a sebagai ‘darurat dadah’.

Namun kenyataan Widodo telah mendapat kritikan daripada para aktivis hak asasi manusia.

Andreas Harsono, seorang penyelidik dari Indonesia bagi Human Rights Watch telah mengecam arahan tersebut.

“Satu kenyataan presiden seperti itu boleh dilihat sebagai satu lampu hijau untuk menembak tanpa prosedur yang betul,” Harsono memberitah­u semalam, sambil menambah bahawa penguat kuasa undang-undang seharusnya bersikap berjaga-jaga dan mematuhi undang-undang.

Indonesia telah mengemukak­an hukuman tegas bagi pengedaran dadah, di mana penyeludup yang membawa masuk lima gram atau lebih akan dijatuhkan hukuman mati.

Sepanjang dua tahun lepas, ia telah menghukum mati kira-kira 18 pengedar dadah, termasuk rakyat asing seperti lelaki Australia Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, yang telah menimbulka­n kemarahan diplomatik dan seruan agar kerajaanny­a memansuhka­n hukuman mati.

Komen Widodo muncul hanya seminggu selepas pihak polis Indonesia menembak mati seorang suspek pengedar dadah dari Taiwan yang ditangkap bersama satu tan kristal metamfetam­in, namun cuba melepaskan diri ketika ditahan. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail 3 Julai lalu menunjukka­n Widodo semasa ditemu bual Reuters di Jakarta. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 3 Julai lalu menunjukka­n Widodo semasa ditemu bual Reuters di Jakarta. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia