Utusan Borneo (Sabah)

Terjejas banjir, NZ jangka hujan berlarutan

-

WELLINGTON: Beberapa wilayah yang dilanda banjir di New Zealand telah diberikan amaran untuk bakal menerima keadaan cuaca yang lebih teruk semalam selepas satu banjir yang memaksa pemindahan dan deklarasi kecemasan di beberapa bahagian di South Island.

Pihak tentera telah dihubungi bagi membantu ketika beberapa buah pekan mengalami penurunan hujan tiga kali ganda dari anggaran bulanan mereka dalam masa hanya dua hari, meningkat sehingga 250 milimeter berhampira­n Dunedin.

Sungai yang melimpah dari tebing mereka dan tanah runtuh menutup jala raya utama, dengan keadaan berais mencetuska­n keadaan yang teruk bagi kakitangan pembersiha­n.

Satu perintah darurat telah dikuatkuas­akan bagi keduadua kawasan Christchur­ch dan Dunedin, dengan penduduk di kawasan yang terjejas dinasihatk­an agar mengelakka­n perjalanan yang tidak perlu.

“Kami tidak memerlukan ‘rubberneck­ers’... ia tidak akan membantu sesiapa dan ia hanya akan mengecewak­an penduduk,” datuk bandar Dunedin David Cull berkata.

Kira-kira 200 buah rumah telah dikosongka­n di sekitar Dunedin, dengan Cull menyatakan ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum sebahagian dari penduduk boleh pulang ke rumah.

Di Christchur­ch, pihak berkuasa telah memberikan amaran bahawa lebih banyak kejadian banjir akan berlaku pada ombak tinggi pada lewat tengah hari semalam

Pasukan Pertahanan New Zealand telah mengerahka­n kira-kira 140 orang anggota tentera bagi membantu dalam usaha bantuan, meletakkan beg pasir di beberapa kawasan yang terdedah dan menggunaka­n trak untuk membantu pengguna kenderaan yang terkandas.

Biro ramalan cuaca rasmi MetService menyatakan lebih banyak cuaca teruk telah dijangka akan melanda South Island pada minggu ini, dengan hujan lebat di pantai barat sejak hari ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia