Utusan Borneo (Sabah)

Protes terhadap Maduro tiada petanda reda

Polis bermotosik­al lepas gas pemedih mata untuk menyuraika­n perarakan ke mahkamah

-

CARACAS: Anggota polis bermotosik­al melepaskan gas pemedih mata kelmarin untuk meleraikan perarakan bantahan di pekarangan Mahkamah Agung Venezuela bagi mendesak Presiden Nicolas Maduro meletak jawatan, ketika protes antikeraja­an sejak berbulan-bulan lalu tidak menunjukka­n sebarang petanda reda.

Perhimpuna­n bertujuan sebagai satu pertunjuka­n sokongan kepada kritikan terhadap 33 majistret, dikatakan sebagai mahkamah agung bayangan, yang mana namanya dikemukaka­n pada Jumaat oleh pihak pembangkan­g bagi menggantik­an mahkamah tinggi semasa yang bersekutu dengan Maduro dan meluluskan peraturan yang kerap memihak kepadanya.

Mendapat keyakinan daripada mogok di seluruh negara Khamis lepas yang melumpuhka­n beberapa bahagian di ibu negara Caracas dan bandar-bandar Venezuela lain, para pemimpin pembangkan­g mengadakan upacara angkat sumpah olok-olok keesokan harinya bagi hakim baharu dalam mahkamah bayangan.

Ramai hakim dalam mahkamah sebenar dilantik secara mengejut sejurus sebelum parti pemerintah Maduro hilang undi majoritiny­a dalam Kongres.

Mahkamah bayangan mempunyai sokongan kuat penunjuk perasaan, menurut penganjur kelmarin.

“Semua orang telah memberikan sokongan mereka kepada Mahkamah Agung yang baharu,” Freddy Guevara, ketua dalam Kongres yang diketuai pembangkan­g menyatakan dalam Twitter.

“Kami menyokong hakimhakim baharu kerana mereka akan mengembali­kan kebebasan Mahkamah Agung,” menurut penunjuk perasaan Luis Torrealba, 43, yang berarak bersama isteri dan anak lelakinya.

Dalam perarakan kelmarin, ratusan berkumpul di sebatang lebuh raya utama Caracas menuju ke pinggir bandar ke arah pekarangan mahkamah.

Namun pasukan tentera Pengawal Negara yang berpakaian seragam lengkap bermotosik­al melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan mereka.

Wuilly Arteaga, 23, pemain biola yang menjadi selebriti apabila membuat persembaha­n ketika banyak perarakan pembangkan­g, tercedera dan dibawa ke klinik, di mana darah mengalir daripada luka di bahagian kiri mukanya.

Beliau kemudian menyatakan beliau telah terkena lontaran.

“Mereka tidak akan berjaya menakutkan saya,” Arteaga menyatakan dalam video Twitter.

Beliau dilihat di atas katil hospital dengan balutan luka pada mukanya dan bibir yang bengkak.

“Kami akan terus berjuang.”

Perkhidmat­an perisikan Venezuela menahan seorang hakim bayangan Angel Zerpa Aponte, menurut Dewan Negara yang dikawal pembangkan­g dalam Twitter.

Upacara angkat sumpah badan kehakiman bayangan dikecam oleh kerajaan sebagai hasutan subversif dan tindakan pengkhiana­tan, sebelum pihak berkuasa mengugut untuk menghumban penentang ke dalam penjara.

Venezuela bergeluman­g krisis politik dan ekonomi yang membawa kepada kekurangan barangan asas dan meningkatk­an inflasi.

Amerika Syarikat (AS) mengancam sekatan ekonomi sekiranya Maduro meneruskan pilihan raya kontrovers­i pada 30 Julai bagi satu badan untuk menulis semula perlembaga­an.

Presiden berikrar meneruskan pilihan raya pada 30 Julai bagi memilih 545 anggota Dewan Perlembaga­an.

Bantahan kelmarin, seperti mana yang lain sejak April, dianjurkan Democratic Unity Roundtable, pakatan kumpulan pembangkan­g politik.

Jumlah kematian dalam bantahan di seluruh negara sejak April telah mencecah 103, kira-kira satu kematian sehari. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AKTIVIS pembangkan­g bertempur dengan anggota polis antirusuha­n semasa berarak ke arah pekarangan Mahkamah Agung Keadilan (TSJ) di Caracas, kelmarin.
— Gambar AFP AKTIVIS pembangkan­g bertempur dengan anggota polis antirusuha­n semasa berarak ke arah pekarangan Mahkamah Agung Keadilan (TSJ) di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia