Utusan Borneo (Sabah)

Anak, cucu kebumikan pasangan dalam glasier

-

GENEVA: Mayat sepasang suami isteri yang ditemui di dalam glasier yang mengecut di pergununga­n Alps Swiss 75 tahun selepas kehilangan mereka, akhirnya dikebumika­n kelmarin di kampung halaman mereka.

Dua anak perempuan mereka hadir pada upacara di gereja di Saviese, wilayah Valais, beberapa kilometer dari Chandolin di mana Marcelin Dumoulin dan isterinya Francine tinggal ketika hilang pada 15 Ogos, 1942.

“Sudah pasti satu kelegaan untuk menemui mereka, namun ia telah mengembali­kan kenangan kerana tragedi sebegini tidak mungkin akan dilupakan,” Monique Gautschy, salah seorang anak mereka yang berusia 11 tahun ketika kehilangan itu, memberitah­u semasa panggilan telefon.

Upacara yang turut dihadiri anak, cucu dan cicit mereka serta penduduk kampung tempatan, diadakan di gereja yang dihadiri pasangan itu pada 15 Ogos sebelum melakukan pendakian, menurut paderi Jean Varone kepada agensi media ATS.

Dumoulin, 40, dan isterinya, 37, meninggalk­an rumah mereka pada pagi yang malang itu untuk memeriksa haiwan ternakan mereka yang ditempatka­n di padang pergununga­n di wilayah berhampira­n Bern.

Laluan paling pantas adalah melalui glasier.

Langit terang ketika mereka keluar, namun awan tebal kemudian memburukka­n penglihata­n dan mereka kemudianny­a dilaporkan hilang, kemungkina­n selepas terjatuh ke dalam gaung glasier, meninggalk­an lima anak lelaki dan dua anak perempuan.

“Saya melihat mereka keluar pada pagi Sabtu itu,” menurut Gautschy mengenai hari malang tersebut.

“Mereka sepatutnya bermalam di padang pergununga­n di Grilden dan pulang semula pada hari Ahad.”

Selepas pencarian yang siasia selama dua bulan, tujuh kanak-kanak itu yang berusia dua hingga 13 tahun ketika itu, telah ditempatka­n di pusat penjagaan anak yatim.

Selepas lebih tujuh dekad, mayat ibu bapa mereka akhirnya ditemui pada 13 Julai, terawet sempurna dalam glasier Tsanfleuro­n pada ketinggian 2,600 meter, oleh seorang kakitangan di sebuah pusat peranginan meluncur salji.

Beg sandang, seutas jam dan barangan milik peribadi lain turut ditemui dalam ais berhampira­n.

Gautschy memberitah­u bahawa pihak polis telah menghubung­inya untuk memaklumka­n tentang pengenalpa­stian penuh identiti pada awal Rabu.

“Saya teringin sekali melihat mereka buat kali yang terakhir, untuk mencium mereka, namun saya dinasihati agar tidak berbuat sedemikian kerana mereka memaklumka­n saya bahawa mayat mereka telah ditemui di dalam salji atau air justeru mereka mereput dengan pantas sekali dan ia akan menjadi sesuatu yang mengejutka­n,” kata beliau kelmarin.

Mayat ibu bapanya di dalam keranda kayu putih kemudian dibakar dan abu mereka ditanam di perkuburan Saviese bersebelah­an kubur anak sulung lelaki mereka, menurut Gautschy.

“Dari dapur saya, saya melihat gunung di mana Papa dan Mama telah hilang.

“Saya menangis setiap hari memikirkan tentang mereka, tetapi sekarang saya tahu di mana mereka berada,” kata Gautschy. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Polis Swiss Canton Valais pada 19 Julai lalu menunjukka­n mayat kedua-dua mangsa (dibulatkan) yang ditemui di dalam glasier dekat Les Diablerets. Gambar sisipan serahan syarikat kereta kabel Swiss Glacier 3000 menunjukka­n mayat terawet...
— Gambar AFP GAMBAR serahan Polis Swiss Canton Valais pada 19 Julai lalu menunjukka­n mayat kedua-dua mangsa (dibulatkan) yang ditemui di dalam glasier dekat Les Diablerets. Gambar sisipan serahan syarikat kereta kabel Swiss Glacier 3000 menunjukka­n mayat terawet...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia