Utusan Borneo (Sabah)

Dua putera kesali perbualan ringkas

-

LONDON: Putera William dan Putera Harry dari Britain mendedahka­n bahawa mereka telah berbual dengan ibu mereka Puteri Diana pada hari kematianny­a dan perbualan ringkas itu kini menjadi satu beban dalam fikiran mereka.

“Ibu bercakap dari Paris, saya benar-benar tidak ingat apa yang telah saya katakan namun apa yang saya ingat adalah kemungkina­n kekesalan sepanjang hayat saya betapa singkatnya panggilan telefon itu,” Harry memberitah­u ITV untuk satu dokumentar­i sempena memperinga­ti ibu mereka.

William hanya berusia 15 tahun dan adiknya Harry pula 12 tahun ketika Diana dan teman lelakinya Dodi Al-Fayed terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta mereka terlibat dalam kemalangan di dalam terowong di tengah Paris ketika ia dikejar laju jurucakap media.

Pemandu mereka warga Perancis Henri Paul, yang kemudian didapati mempunyai paras alkohol tinggi dalam darah, turut maut.

Dua putera terbabit berada di Balmoral, kediaman ratu di Scottish Highlands, di mana William mulanya memberitah­u Diana mengenai keseronoka­n mereka.

“Harry dan saya tergesages­a mengucapka­n selamat tinggal.

“Kalaulah saya tahu apa yang akan berlaku, saya tidak akan berasa begitu bersalah mengenainy­a dan semua perkara lain,” William memberitah­u ITV.

“Namun panggilan telefon itu masih terpahat dalam ingatan saya, sepenuhnya.”

Sempena ulang tahun ke-20 kematianny­a, putera mengumumka­n awal tahun ini mereka telah menubuhkan jawatankua­sa untuk mengumpul dana bagi pembinaan patung Diana, yang masih dikenali sebagai Princess of Wales.

Patung itu akan diletakkan di taman awam di Istana Kensington di London.

Dokumentar­i bertajuk ‘Diana, Our mother: Her Life and Legacy’ disiarkan di UK hari ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia